Sunday, December 31, 2017

Insan Beriman Yang Sejati Pasti Tidak Mampu Menahan Tangisan Tatkala Mendengar Ayat-Ayat Suci Al-Quran

Antara bukti nyata rahmat Allah yang disematkan di dalam dada seorang Mukmin ialah ketika mendengar dan menghayati ayat-ayat Al-Quran. Titisan air matanya akan menitis laju disebabkan hati dan jiwanya dapat melihat kebenaran Kalam Ilahi. Allah berfirman:

Mereka itu adalah orang-orang yang telah diberi nikmat oleh Allah, iaitu para nabi daripada keturunan Adam dan daripada orang-orang yang kami angkat bersama Nuh serta keturunan Ibrahim dan Bani Isreal dan daripada orang-orang yang telah Kami beri petunjuk dan telah kami pilih. Apabila dibacakan ayat-ayat Allah Yang Maha Pemurah kepada mereka, maka mereka menyungkur dengan bersujud dan menangis.

(Maryam: 58)

Sumber: Buku Menyingkap Rahsia-Rahsia di sebalik Tangisan & Kemarahan Rasullah, Tangisan & Marah Nabi, ditulis oleh Misbah Em Majidy

Bagi mereka yang berminat untuk membeli buku keagamaan atau buku untuk Exam boleh klik link banner dibawah. Insyallah ia banyak membantu menambah pendapatan tatkala ekonomi yang semakin mencabar dan saya ucapkan terima kasih kerana pembelian buku melalui affiliate link ini.

Saturday, December 30, 2017

Manusia Yang Beriman Akan Menangis ketika Mendengar Ayat-Ayat Allah Dilantunkan

Hati insan yang beriman akan bertambah fokus kepada Allah tatkala mendengar ayat-ayat al-Quran dibacakan, air matanya akan menitis kerana mengakui dengan tulus kebenaran ayat-ayat al-Quran. Jiwanya kian bertambah mantap dalam mengimani risalah (agama) Allah.

Katakanlah. Berimanlah kamu kepadanya atau tidak usah beriman sama sahaja bagi Allah. Sesungguhnya orang-orang yang diberi pengetahuan sebelumnya apabila al-Quran dibacakan kepada mereka, meraka menyungkur atas muka mereka sambil bersujud dan mereka berkata. Maha Suci Tuhan kami; sesunguhnya janji Tuhan kami pasti dipenuhi. Dan mereka menyungkur atas muka mereka sambil menangiss dan mereka bertambah khusyuk.

(Al - Isra' 107 - 109)

Sumber: Buku Menyingkap Rahsia-Rahsia di sebalik Tangisan & Kemarahan Rasullah, Tangisan & Marah Nabi, ditulis oleh Misbah Em Majidy

Bagi mereka yang berminat untuk membeli buku keagamaan atau buku untuk Exam boleh klik link banner dibawah. Insyallah ia banyak membantu menambah pendapatan tatkala ekonomi yang semakin mencabar dan saya ucapkan terima kasih kerana pembelian buku melalui affiliate link ini.

Friday, December 29, 2017

Banyak Menangis dan Sedikit Ketawa

Tangisan seorang hamba adalah bukti hati dan jiwanya masih hidup. Manusia yang hatinya beku dan jiwanya keruh, maka air matanya akan sukar menitis tatkala melihat kesengsaraan orang lain dan titisan air matanya tidak akan mengalir ketika beribadah kepada Allah. Hanya manusia yang dirahmati oleh Allah yang mampu menangis ketika beribadah kepada-Nya dan jiwanya mudah tersentuh tatkala melihat penderitaan orang lain.

Allah memerintahkan para hamba-Nya, untuk menangis dan sedikit ketawa dalam menjalani hidup di alam kehidupan dunia ini.