Saturday, March 31, 2018

Rasulullah SAW Marah Ketika Melihat Orang Yang Banyak Bertanya

Abu Musa Meriwayatkan,

"Pada suatu masa, Rasulullah SAW pernah ditanya tentang beberapa perkara yang tidak baginda suka. Ketika telah banyak ditanyakan kepadanya, Rasulullah SAW menjadi marah dan bersabda kepada orang ramai, 'Bertanyalah kepadaku tentang apapun yang kamu inginkan!'Seorang lelaki bertanya, 'Siapakan ayahku?' Rasulullah SAW menjawab 'Ayahmu ialah Hudzafah.' Yang lain berdiri dan bertanya, 'Wahai utusan Allah, siapa ayahku? Rasulullah SAW menjawab, 'Ayahmu ialah Salim, hamba Syaibah.' Ketika Umar melihat Rasulullah SAW sedang murka (sangat marah) itulah, dia berkata, "Wahai utusan Allah! Sesungguhnya kami bertaubat kepada Allah'."

(HR Muslim: 4355)

Sumber: Buku Menyingkap Rahsia-Rahsia di sebalik Tangisan & Kemarahan Rasullah, Tangisan & Marah Nabi, ditulis oleh Misbah Em Majidy

Bagi mereka yang berminat untuk membeli buku keagamaan,buku novel, buku fiksyen dan lain-lain boleh klik link banner dibawah. Insyallah ia banyak membantu menambah pendapatan tatkala ekonomi yang semakin mencabar dan saya ucapkan terima kasih kerana pembelian buku melalui affiliate link ini.

Friday, March 30, 2018

Rasulullah SAW Marah Melihat Pertengkaran (Pertikaian)

Abullah ibnu Zubair meriwayatkan,

"Pada suatu hari, ada seorang lelaki Ansar bertengkar dengan Zubair di hadapan Rasulullah SAW mengenai saluran air daerah Harrah yang digunakan untuk mengairi pohon kurma. Lelaki Ansar itu berkata, 'Biarkan air itu mengalir.!' Tatkala Zubair menolak permintaan lelaki tersebut. Lantas lelaki Ansar itu bersama kaumnya mengadukan hal tersebut kepada Rasulullah SAW. Rasulullah SAW bersabda kepda Zubair, 'Wahai Zubair! Alirkanlah dan alirkanlah juga air itu kepada jiranmu! Lelaki Ansar itu marah sambil berkata, 'Wahai utusan Allah, apakah kerana Zubair itu anak mak cikmu?' Maka berubah raut wajah Rasulullah SAW lalu baginda berkata dengan tegas, 'Wahai Zubair, alirkanlah air itu kemudian tahan agar kembali lagi ke kebunmu!' Lantas Zubair berkata, 'Demi Allah, aku yakin bahawa ayat ini turun untuk menyinggung perselisihan faham tadi.'"

Maka demi Tuhan, mereka pada hakikatnya tidak beriman hingga mereka menjadikan kamu hakim terhadap perkara yang mereka perselisihkan, kemudian mereka tidak berasa keberatan dalam hati mereka terhadap keputusan yang kamu berikan dan mereka menerima dengan sepenuhnya.

(An- Nisa': 65 & HR Muslim: 4347)

Sumber: Buku Menyingkap Rahsia-Rahsia di sebalik Tangisan & Kemarahan Rasullah, Tangisan & Marah Nabi, ditulis oleh Misbah Em Majidy

Bagi mereka yang berminat untuk membeli buku keagamaan,buku novel, buku fiksyen dan lain-lain boleh klik link banner dibawah. Insyallah ia banyak membantu menambah pendapatan tatkala ekonomi yang semakin mencabar dan saya ucapkan terima kasih kerana pembelian buku melalui affiliate link ini.

Thursday, March 29, 2018

Rasulullah SAW Marah Melihat Ketidakadilan (Penghinaan Hukum)

Abu Bakrah meriwayatkan,

"Tatkala Rasulullah SAW mendengar ada seorang qadhi (hakim) memutuskan perkara dalam keadaan emosi (marah). Maka dengan wajah yang merah, Rasulullah SAW bersabda.'Seseorang hakim tidak boleh memutuskan perkara antara dua orang, ketika dia sedang marah.'"

(HR Muslim: 3241)

Sumber: Buku Menyingkap Rahsia-Rahsia di sebalik Tangisan & Kemarahan Rasullah, Tangisan & Marah Nabi, ditulis oleh Misbah Em Majidy

Bagi mereka yang berminat untuk membeli buku keagamaan,buku novel, buku fiksyen dan lain-lain boleh klik link banner dibawah. Insyallah ia banyak membantu menambah pendapatan tatkala ekonomi yang semakin mencabar dan saya ucapkan terima kasih kerana pembelian buku melalui affiliate link ini.

Wednesday, March 28, 2018

Rasulullah SAW Marah Melihat Orang Yang Meniru Dalam Beragama Tanpa Mengetahui Alasan (Dalil) Yang Sebenar

Zaid ibnu Tsabit meriwayatkan, dia menceritakan,

"Pada suatu masa, Rasulullah SAW membatasi suatu tempat dengan alas (tikar). Lalu baginda keluar untuk solat di situ, (solat terawih pada malam bulan Ramadan). Beberapa orang sahabat mengamati tempat tersebut dan pada waktu yang lain mereka datang untuk melakukan solat di tempat Rasulullah SAW itu. Pada suatu malam mereka datang dan Rasulullah SAW tidak mahu menemui mereka. Lantas mereka menjerit memanggilnya bahkan ada yang melempar batu-batu kecil ke pintu. Dengan marah, Rasulullah SAW keluar menemui mereka dan bersabda, 'Kamu tetap melakukan apa yang kamu buat sehingga aku menyangka bahawa itu (solat terawih) akan diwajibkan kepada kamu. Kamu perlu solat sunat di rumah kamu, kerana sebaik-baik solat seseorang adalah di rumahnya, kecuali solat wajib.'"

(HR Muslim: 1301)

Sumber: Buku Menyingkap Rahsia-Rahsia di sebalik Tangisan & Kemarahan Rasullah, Tangisan & Marah Nabi, ditulis oleh Misbah Em Majidy

Bagi mereka yang berminat untuk membeli buku keagamaan,buku novel, buku fiksyen dan lain-lain boleh klik link banner dibawah. Insyallah ia banyak membantu menambah pendapatan tatkala ekonomi yang semakin mencabar dan saya ucapkan terima kasih kerana pembelian buku melalui affiliate link ini.

Tuesday, March 27, 2018

Rasulullah SAW Marah Melihat Tempat Suci Dinodai

Abdullah ibnu Umar meriwayatkan, dia menceritakan,

"Rasulullah SAW melihat ludah air liur di dinding masjid pada arah kiblat tatkala baginda hendak mengerjakan solat di depan orang ramai, kemudian Rasulullah SAW menggosoknya dengan tangannya, lalu menghadap kepada orang ramai dengan wajah yang merah sambil bersabda, 'Apabila salah seorang antara kamu sedang solat, janganlah meludah di depannya kerana sesungguhnya Allah itu berada di arah mukanya jika dia sedang solat.'"

(HR Muslim: 2629)

Sumber: Buku Menyingkap Rahsia-Rahsia di sebalik Tangisan & Kemarahan Rasullah, Tangisan & Marah Nabi, ditulis oleh Misbah Em Majidy

Bagi mereka yang berminat untuk membeli buku keagamaan,buku novel, buku fiksyen dan lain-lain boleh klik link banner dibawah. Insyallah ia banyak membantu menambah pendapatan tatkala ekonomi yang semakin mencabar dan saya ucapkan terima kasih kerana pembelian buku melalui affiliate link ini.

Monday, March 26, 2018

Rasulullah SAW Marah Jika Diminta Membatalkan Perlaksanaan Hukum Allah (Had).

Aisyah RA meriwayatkan, dia menceritakan,

"kaum Quraisy sedang diuji dengan masalah seorang perempuan Bani Makhzum yang mencuri. Mereka berkata, 'Siapa yang akan memberitahu kepada Rasulullah SAW? Sebahagian daripada mereka berkata, 'Siapa lagi yang berani melakukan kalau bukan Usamah ibnu Zaid anak kesayangan baginda?' Maka Usamah pun menceritakan masalah ini kepada Rasulullah SAW, supaya pencuri perempuan itu dibebaskan daripada hukuman yang ditetapkan oleh Allah dan Raul-Nya. Setelah mendengar permintaan Usamah itu, Rasulullah SAW sangat marah. Dengan Amarah yang meluap-luap kepada Usamah, Rasulullah SAW bersabda, 'Adakah kau akan memberi perlindungan dalam masalah hukum (had) Allah? Kemudian baginda dan berkhutbah, 'Sesungguhnya umat sebelum kamu hancur disebabkan apabila ada orang yang terhormat yang mencuri, mereka membiarkan. Namun, jikalau yang mencuri ialah orang yang lemah, maka mereka menjatuhkan hukuman kepadanya. Demi Allah, sekiranya Fatimah binti Muhammad mencuri, nescaya akan aku potong tangannya!'."

(HR Ahmad, 25201)

Sumber: Buku Menyingkap Rahsia-Rahsia di sebalik Tangisan & Kemarahan Rasullah, Tangisan & Marah Nabi, ditulis oleh Misbah Em Majidy

Bagi mereka yang berminat untuk membeli buku keagamaan,buku novel, buku fiksyen dan lain-lain boleh klik link banner dibawah. Insyallah ia banyak membantu menambah pendapatan tatkala ekonomi yang semakin mencabar dan saya ucapkan terima kasih kerana pembelian buku melalui affiliate link ini.

Sunday, March 25, 2018

Rasulullah SAW Marah Melihat Orang Yang Memperlihatkan Kealiman Simbolik

Abu Mas'ud meriwayatkan, dia menceritakan,

"Seseorang mendatangi Rasulullah SAW sambil berkata 'Besok, aku akan mengakhiri solatku kerana si polan ketika menjadi imam begitu lama solatnya.' Mendengar pengaduan tersebut, Rasulullah SAW tidak mampu menahan kemarahannya.'"

Lebih lanjut Abu Mas'ud berkata,

"Kami belum pernah melihat kemarahan Rasulullah SAW ketika memberi nasihat seperti kemarahan baginda pada hari itu. Rasulullah SAW lantas bersabda, 'Wahai manusia, sesungguhnya antara kamu ada yang segera hendak pergi, maka sesiapa antara kamu yang menjadi imam solat bagi manusia, hendaklah meringankannya kerana antara mereka ada yang sakit, usia uzur (tua) dan ada yang punya banyak keperluan'."

(HR Ahmad: 25200)

Sumber: Buku Menyingkap Rahsia-Rahsia di sebalik Tangisan & Kemarahan Rasullah, Tangisan & Marah Nabi, ditulis oleh Misbah Em Majidy

Bagi mereka yang berminat untuk membeli buku keagamaan,buku novel, buku fiksyen dan lain-lain boleh klik link banner dibawah. Insyallah ia banyak membantu menambah pendapatan tatkala ekonomi yang semakin mencabar dan saya ucapkan terima kasih kerana pembelian buku melalui affiliate link ini.

Saturday, March 24, 2018

Rasulullah SAW Marah Jika Umatnya Yang Menentang Perintah Allah dan Rasul-Nya

Aisyah RA, meriwayatkan dia menceritakan,

"Jika Rasulullah SAW memerintah para sahabat, baginda memerintah dengan amalan yang sanggup dilakulankan oleh mereka. Namun, ada antara para sahabat ada yang memprotes, 'Kami tidak sama dengan keadaanmu wahai utusan Allah. Sesungguhnya Allah telah mengampuni seluruh dosa tuan.' Mendengar hal tersesebut, Rasulullah SAW tidak mampu menahan kemarahannya sambil bersabda, 'Sesungguhnya yang paling bertakwa dan mengetahui tentang Allah adalah aku'."

(HR Muslim: 6187)

Sumber: Buku Menyingkap Rahsia-Rahsia di sebalik Tangisan & Kemarahan Rasullah, Tangisan & Marah Nabi, ditulis oleh Misbah Em Majidy

Bagi mereka yang berminat untuk membeli buku keagamaan,buku novel, buku fiksyen dan lain-lain boleh klik link banner dibawah. Insyallah ia banyak membantu menambah pendapatan tatkala ekonomi yang semakin mencabar dan saya ucapkan terima kasih kerana pembelian buku melalui affiliate link ini.

Friday, March 23, 2018

Rasulullah SAW Marah Melihat Gambar Mahupun Simbol-Simbol Syirik

Aisyah RA meriwayatkan, dia menceritakan,

"Pada suatu hari, ketika Rasulullah SAW masuk ke rumahku sedangkan di rumah ada tirai kain yang terdapat gambar (bernyawa), kelihatan raut wajahnya berubah (sangat marah). Kemudian baginda mengambil tirai itu dan merosakkannya, sambil bersabda, 'Manusia yang paling keras seksanya pada hari kiamat ialah orang-orang yang menyamai (menandingi) ciptaan Allah."

(HR al- Bukhari: 6176)

Sumber: Buku Menyingkap Rahsia-Rahsia di sebalik Tangisan & Kemarahan Rasullah, Tangisan & Marah Nabi, ditulis oleh Misbah Em Majidy

Bagi mereka yang berminat untuk membeli buku keagamaan,buku novel, buku fiksyen dan lain-lain boleh klik link banner dibawah. Insyallah ia banyak membantu menambah pendapatan tatkala ekonomi yang semakin mencabar dan saya ucapkan terima kasih kerana pembelian buku melalui affiliate link ini.

Thursday, March 22, 2018

Rasulullah SAW Marah Kerana Allah Bukan Kerana Nafsu (Emosi) Diri

Aisyah RA, meriwayatkan, dia menceritakan,

"Rasulullah SAW tidak pernah sama sekali memukul sesuatu dengan tangannya, juga tidak memukul wanita (isteri) dan tidak pernah memukul seorang pembantu. Baginda hanya memukul jika berjihad di jalan Allah. Dan tidaklah baginda disakiti dengan sesuatu sama sekali, lalu baginda membalas terhadap pelakunya. Kecuali jika ada sesuatu antara perkara-perkara yang diharamkan Allah dilanggar, maka baginda akan membalas dengan hukuman kerana Allah."

(HR al-Bukhari: 6187)

Sumber: Buku Menyingkap Rahsia-Rahsia di sebalik Tangisan & Kemarahan Rasullah, Tangisan & Marah Nabi, ditulis oleh Misbah Em Majidy

Bagi mereka yang berminat untuk membeli buku keagamaan,buku novel, buku fiksyen dan lain-lain boleh klik link banner dibawah. Insyallah ia banyak membantu menambah pendapatan tatkala ekonomi yang semakin mencabar dan saya ucapkan terima kasih kerana pembelian buku melalui affiliate link ini.

Wednesday, March 21, 2018

Menghilangkan Marah Dengan Banyak Berzikir (Mengingati Allah)

"Rasulullah SAW mengajar umatnya, lisan yang sentiasa basah dengan doa dan zikir, hati yang selalu ingat kepada Allah nescaya hatinya menjadi tenang dan mampu menahan emosi (amarah) diri. Senafas dengan firman-Nya dalam surah ar-Ra'd ayat 28,

(HR al-Hakim:4513)

Sumber: Buku Menyingkap Rahsia-Rahsia di sebalik Tangisan & Kemarahan Rasullah, Tangisan & Marah Nabi, ditulis oleh Misbah Em Majidy

Bagi mereka yang berminat untuk membeli buku keagamaan,buku novel, buku fiksyen dan lain-lain boleh klik link banner dibawah. Insyallah ia banyak membantu menambah pendapatan tatkala ekonomi yang semakin mencabar dan saya ucapkan terima kasih kerana pembelian buku melalui affiliate link ini.

Tuesday, March 20, 2018

Rasulullah SAW Marah Jika Hukum Allah Dilanggar

Aisyah juga meriwayatkan.

"Tidaklah Rasulullah SAW disuruh memilih antara dua perkara yang sama sekali, kecuali baginda memilih yang paling mudah antara kedua-duanya, selama hal itu bukan merupakan dosa. Jika hal itu merupakan dosa, maka baginda ialah manusia yang paling jauh daripada dosa. Dan tidaklah baginda membalas dengan hukuman untuk (membela) dirinya dalam sesuatu perkara. Kecuali jika perkara-perkara yang diharamkan Allah Allah dilanggar, maka baginda akan membalas dengan hukuman terhadap perkara itu kerana Allah."

(HR al-Bukhari: 6185)

Sumber: Buku Menyingkap Rahsia-Rahsia di sebalik Tangisan & Kemarahan Rasullah, Tangisan & Marah Nabi, ditulis oleh Misbah Em Majidy

Bagi mereka yang berminat untuk membeli buku keagamaan,buku novel, buku fiksyen dan lain-lain boleh klik link banner dibawah. Insyallah ia banyak membantu menambah pendapatan tatkala ekonomi yang semakin mencabar dan saya ucapkan terima kasih kerana pembelian buku melalui affiliate link ini.

Monday, March 19, 2018

Menghilangkan Marah Dengan Diam Dan Mengubah Posisi Diri

Rasulullah SAW bersabda,

"Apabila salah seorang antara kamu marah dalam keadaan berdiri maka duduklah. Apabila dalam keadaan duduk maka berbaringlah."

(HR Abu Daud: 1524)

Sumber: Buku Menyingkap Rahsia-Rahsia di sebalik Tangisan & Kemarahan Rasullah, Tangisan & Marah Nabi, ditulis oleh Misbah Em Majidy

Bagi mereka yang berminat untuk membeli buku keagamaan,buku novel, buku fiksyen dan lain-lain boleh klik link banner dibawah. Insyallah ia banyak membantu menambah pendapatan tatkala ekonomi yang semakin mencabar dan saya ucapkan terima kasih kerana pembelian buku melalui affiliate link ini.

Sunday, March 18, 2018

Menghilangkan Marah Dengan Doa

Rasulullah SAW bersabda,

"Sesungguhnya aku ingin mengajarkan satu ucapan seandainya kamu mengamalkannya, nescaya kemarahan kamu akan hilang daripada diri kamu iaitu A'udzu Billahi Minassyaitanir Rajim (aku berlindung daripada Allah daripada godaan syaitan yang terkutuk)."

(HR al-Bukhari:3282)

Sulaiman ibnu Shurad meriwayatkan, dia menceritakan,

"Pada suatu hari, ada dua orang pemuda saling mencaci di hadapan Rasulullah SAW, lalu mulalah mata salah seorang daripada mereka menjadi merah dan urat lehernya membesar. Rasulullah bersabda, "Sesungguhnya aku tahu suatu kalimat yang apabila diucapkan, maka akan hilanglah kemarahan yang bergelojak iaitu A'udzu Billahi Minassyaitanir Rajim (aku berlindung daripada Allah daripada godaan syaitan yang terkutuk)."

(HR Muslim: 4725)

Sumber: Buku Menyingkap Rahsia-Rahsia di sebalik Tangisan & Kemarahan Rasullah, Tangisan & Marah Nabi, ditulis oleh Misbah Em Majidy

Bagi mereka yang berminat untuk membeli buku keagamaan,buku novel, buku fiksyen dan lain-lain boleh klik link banner dibawah. Insyallah ia banyak membantu menambah pendapatan tatkala ekonomi yang semakin mencabar dan saya ucapkan terima kasih kerana pembelian buku melalui affiliate link ini.

Saturday, March 17, 2018

Marah Adalah Penyakit Umat Terdahulu

Abu Hurairah meriwayatkan, dia menceritakan,

"Pada suatu hari, Rasulullah SAW bersabda di hadapan para sahabat, 'Umatku akan ditimpa penyakit-penyakit yang pernah menimpa umat-umat dahulu.' Para sahabat bertanya, 'Wahai utusan Allah, apakah penyakit-penyakit yang telah menimpa umat-umat terdahulu itu?' Rasulullah menjawab 'penyakit-penyakit itu, ialah hidup tidak mengendahkan moral, bermewah-mewah (glamor), menabung harta sebanyak mungkin, saling tipu-menipu dalam merebut harta benda dunia, saling memarahi, saling hasut (mendengki) dan saling menzalimi (menganiaya)."

(HR al-Hakim: 4507)

Sumber: Buku Menyingkap Rahsia-Rahsia di sebalik Tangisan & Kemarahan Rasullah, Tangisan & Marah Nabi, ditulis oleh Misbah Em Majidy

Bagi mereka yang berminat untuk membeli buku keagamaan,buku novel, buku fiksyen dan lain-lain boleh klik link banner dibawah. Insyallah ia banyak membantu menambah pendapatan tatkala ekonomi yang semakin mencabar dan saya ucapkan terima kasih kerana pembelian buku melalui affiliate link ini.

Friday, March 16, 2018

Manusia Yang Mampu Menahan Luapan Kemarahannya Boleh Memilih Bidadari Syurga

Rasulullah SAW bersabda,

"Sesiapa yang menahan marahnya sedangkan dia mampu melepaskannya, maka di akhirat nanti. Allah akan memanggilnya bersama kumpulan makhluk-Nya yang terbaik. Allah memberinya kebebasan untuk memilih bidadari yang dia sukai."

(HR Abu Daud: 1538)