Wednesday, February 28, 2018

Menangis Sewaktu Melihat Gerhana

Dalam riwayat yang sahih dinyatakan.

"Pada suatu ketika, sewaktu terjadi gerhana matahari, tatkala solat gerhana Rasulullah SAW menangis sambil berkata, "Wahai Tuhanku, bukankah Engkau telah menjanjikan kepadaku bahawa Engkau tidak akan menyeksa mereka, sedang aku berada di tengah-tengah mereka dan mereka memohon ampunan kepada-Mu? Dan Kami memohon ampunan-Mu wahai Tuhanku."

(HR at-Tabrani: 7963)

Sumber: Buku Menyingkap Rahsia-Rahsia di sebalik Tangisan & Kemarahan Rasullah, Tangisan & Marah Nabi, ditulis oleh Misbah Em Majidy

Bagi mereka yang berminat untuk membeli buku keagamaan,buku novel, buku fiksyen dan lain-lain boleh klik link banner dibawah. Insyallah ia banyak membantu menambah pendapatan tatkala ekonomi yang semakin mencabar dan saya ucapkan terima kasih kerana pembelian buku melalui affiliate link ini.

Tuesday, February 27, 2018

Manusia Akan Mati Dalam Keadaan Menangis Jika Hidup Banyak Ketawa

Rasulullah SAW bersabda,

"Sesiapa ketawa semasa mudanya, dia akan menangis semasa tuanya. Sesiapa ketawa semasa kayanya, dia akan menangis semasa fakirnya. Dan sesiapa yang ketawa semasa hidupnya, dia akan menangis semasa matinya."

(HR at-Tabrani: 7960)

Sumber: Buku Menyingkap Rahsia-Rahsia di sebalik Tangisan & Kemarahan Rasullah, Tangisan & Marah Nabi, ditulis oleh Misbah Em Majidy

Bagi mereka yang berminat untuk membeli buku keagamaan,buku novel, buku fiksyen dan lain-lain boleh klik link banner dibawah. Insyallah ia banyak membantu menambah pendapatan tatkala ekonomi yang semakin mencabar dan saya ucapkan terima kasih kerana pembelian buku melalui affiliate link ini.

Monday, February 26, 2018

Tangisan Adalah Bukti Hati Tidak Mati

Rasulullah SAW bersabda,

"Mata yang beku yang tidak mampu menangis adalah kerana hati orang itu keras dan hati yang keras disebabkan oleh tompok-tompok dosa yang telah dilakukan. Banyaknya dosa yang dibuat oleh seseorang adalah kerana orang tersebut lupa mati, sedangkan lupa mati datang disebabkan panjangnya angan-angan. Panjang angan-angan mumcul kerana terlalu cinta pada dunia. Dan terlalu mencintai dunia adalah pangkal segala perbuatan dosa."

(HR al-Hakim: 4/260)

Sumber: Buku Menyingkap Rahsia-Rahsia di sebalik Tangisan & Kemarahan Rasullah, Tangisan & Marah Nabi, ditulis oleh Misbah Em Majidy

Bagi mereka yang berminat untuk membeli buku keagamaan,buku novel, buku fiksyen dan lain-lain boleh klik link banner dibawah. Insyallah ia banyak membantu menambah pendapatan tatkala ekonomi yang semakin mencabar dan saya ucapkan terima kasih kerana pembelian buku melalui affiliate link ini.

Sunday, February 25, 2018

Menangis Untuk Melembutkan Hati

Rasulullah SAW bersabda,

"Kalau salah seorang antara kamu sanggup menangis, jangan tahan tangisan itu. Kalau tidak mampu menangis, rasakan di dalam hatimu seluruh penderitaan yang pernah kau alami. Berusahalah untuk menangis. Kerana hati yang keras, dijauhkan daripada Allah."

(HR Abu Daud: 1535)

"Menangislah kamu semua. Dan apabila kamu tidak dapat menangis maka pura-pura menangislah kamu!"

(HR al-Baihaqi: 2248)

Sumber: Buku Menyingkap Rahsia-Rahsia di sebalik Tangisan & Kemarahan Rasullah, Tangisan & Marah Nabi, ditulis oleh Misbah Em Majidy

Bagi mereka yang berminat untuk membeli buku keagamaan,buku novel, buku fiksyen dan lain-lain boleh klik link banner dibawah. Insyallah ia banyak membantu menambah pendapatan tatkala ekonomi yang semakin mencabar dan saya ucapkan terima kasih kerana pembelian buku melalui affiliate link ini.

Saturday, February 24, 2018

Banyak Menangis Sedikit Ketawa

Rasulullah SAW bersabda,

"Aku tidak pernah melihat kebaikkan sama sekali melebihi apa yang telah aku lihat di dalam syurga pada hari ini. Aku juga tidak pernah melihat keburukkan melebihi apa yang telah aku lihat di dalam neraka pada hari ini. Seandainya kamu melihat apa yang telah aku lihat dan mengetahui apa yang telah aku ketahui, semua yang aku lihat hari ini dan sebelumnya, sungguh kamu pasti sangat takut, menjadi sedikit ketawa dan banyak menangis."

(HR Muslim: 2359) 

Sumber: Buku Menyingkap Rahsia-Rahsia di sebalik Tangisan & Kemarahan Rasullah, Tangisan & Marah Nabi, ditulis oleh Misbah Em Majidy

Bagi mereka yang berminat untuk membeli buku keagamaan,buku novel, buku fiksyen dan lain-lain boleh klik link banner dibawah. Insyallah ia banyak membantu menambah pendapatan tatkala ekonomi yang semakin mencabar dan saya ucapkan terima kasih kerana pembelian buku melalui affiliate link ini.

Friday, February 23, 2018

Titisan Air Mata Insan Beriman Dapat Memadamkan Api Neraka

Dalam riwayat yang sahih dinyatakan.

"Pada suatu ketika, jibrail turn menemui Rasulullah SAW, di kala itu di sisi Rasulullah SAW ada seorang lelaki yang sedang menangis. Jibrail betanya kepada Rasulullah SAW, "Siapa yang menangis ini?" Rasulullah SAW menjawab, "Dia ialah si Polan." Jibrail lantas berkata, "Sesungguhnya kami menimbang amal-amal anak Adam semuanya kecuali tangisan. Sesunguhnya Allah memadamkan lautan api neraka Jahanam dengan setitis air mata."

(HR at-Tabrani: 8673)

Sumber: Buku Menyingkap Rahsia-Rahsia di sebalik Tangisan & Kemarahan Rasullah, Tangisan & Marah Nabi, ditulis oleh Misbah Em Majidy

Bagi mereka yang berminat untuk membeli buku keagamaan,buku novel, buku fiksyen dan lain-lain boleh klik link banner dibawah. Insyallah ia banyak membantu menambah pendapatan tatkala ekonomi yang semakin mencabar dan saya ucapkan terima kasih kerana pembelian buku melalui affiliate link ini.

Thursday, February 22, 2018

Titisan Air Mata Insan Beriman Lebih Baik Daripada Ibadah Satu Tahun

Rasulullah SAW bersabda,

"Linangan (titisan) air mata seorang Mukmin kerana takut kepada Allah lebih baik daripada ibadah satu tahun."

(HR at-Tabrani: 8671)

Sumber: Buku Menyingkap Rahsia-Rahsia di sebalik Tangisan & Kemarahan Rasullah, Tangisan & Marah Nabi, ditulis oleh Misbah Em Majidy

Bagi mereka yang berminat untuk membeli buku keagamaan,buku novel, buku fiksyen dan lain-lain boleh klik link banner dibawah. Insyallah ia banyak membantu menambah pendapatan tatkala ekonomi yang semakin mencabar dan saya ucapkan terima kasih kerana pembelian buku melalui affiliate link ini.

Wednesday, February 21, 2018

Manusia Yang Menangis Kerana Allah Akan Terhindar Daripada Marak Api Neraka

Abdullah ibnu Mas'ud meriwayatkan, dia menceritakan.

"Pada suatu ketika Rasulullah SAW bercerita tentang mimpi, baginda menyebutkan hadis dengan reaksi yang sangat panjang. Antara isinya ialah "Aku telah melihat seorang lelaki daripada umatku di pinggir neraka jahanam, kemudian dia dihampiri oleh rasa takut (yang dia miliki) kepada Allah. Amal itu (rasa takut kepada Allah) akhirnya menyelamatkannya dari api neraka jahanam dan Aku melihat ada seorang lelaki daripada umatku terjatuh ke dalam neraka tetapi dia didatangi oleh titisan air matanya (yang menitis) kerana takut kepada Allah. Maka air mata itupun mengeluarkan dia dari api neraka"

(HR: at-Tabrani: 8669)

Sumber: Buku Menyingkap Rahsia-Rahsia di sebalik Tangisan & Kemarahan Rasullah, Tangisan & Marah Nabi, ditulis oleh Misbah Em Majidy

Bagi mereka yang berminat untuk membeli buku keagamaan,buku novel, buku fiksyen dan lain-lain boleh klik link banner dibawah. Insyallah ia banyak membantu menambah pendapatan tatkala ekonomi yang semakin mencabar dan saya ucapkan terima kasih kerana pembelian buku melalui affiliate link ini.

Tuesday, February 20, 2018

Manusia Yang Menangis Kerana Allah Akan Terhindar Daripada Marak Api Neraka

Zaid Ibnu Arqam meriwatkan, dia menceritakan.

"Pada suatu hari, ada seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah SAW, "Wahai utusan Allah. Berilah aku petunjuk cara menghindarkan diri daripada neraka?" Rasulullah SAW menjawab, "Dengan linangan air matamu." Rasulullah SAW juga bersabda, "Sesungguhnya kedua belah mata yang menangis kerana takut pada Allah tidak akan disentuh api neraka."

(HR: al-Bukhari: 3175)

Sumber: Buku Menyingkap Rahsia-Rahsia di sebalik Tangisan & Kemarahan Rasullah, Tangisan & Marah Nabi, ditulis oleh Misbah Em Majidy

Bagi mereka yang berminat untuk membeli buku keagamaan,buku novel, buku fiksyen dan lain-lain boleh klik link banner dibawah. Insyallah ia banyak membantu menambah pendapatan tatkala ekonomi yang semakin mencabar dan saya ucapkan terima kasih kerana pembelian buku melalui affiliate link ini.

Monday, February 19, 2018

Manusia Yang Menangis Kerana Allah Akan Masuk Syurga Tanpa Dihisab (Dihitung Amalnya)

Aisyah RA meriwayatkan, dia menceritakan. Pada suatu hari, aku bertanya kepada Rasulullah SAW.

"Wahai utusan Allah. Adakah ada umatmu yang bakal masuk syurga tanpa hisab (dihitung amal-amalnya)?"Rasulullah SAW menjawab, "Ya, ada iaitu orang yang mengenang dosanya lalu dia menangis."

(HR: at-Tirmizi: 2367)

Sumber: Buku Menyingkap Rahsia-Rahsia di sebalik Tangisan & Kemarahan Rasullah, Tangisan & Marah Nabi, ditulis oleh Misbah Em Majidy

Bagi mereka yang berminat untuk membeli buku keagamaan,buku novel, buku fiksyen dan lain-lain boleh klik link banner dibawah. Insyallah ia banyak membantu menambah pendapatan tatkala ekonomi yang semakin mencabar dan saya ucapkan terima kasih kerana pembelian buku melalui affiliate link ini.

Sunday, February 18, 2018

Manusia Yang Menangis Kerana Allah Bakal Dicintai Allah

Rasulullah SAW bersabda,

"Tidak ada sesuatu yang lebih dicintai Allah daripada dua titisan air mata. Salah satu antaranya adalah titsan air mata yang keluar kerana takut pada Allah."

(HR at- Tirmizi : 2311)

Sumber: Buku Menyingkap Rahsia-Rahsia di sebalik Tangisan & Kemarahan Rasullah, Tangisan & Marah Nabi, ditulis oleh Misbah Em Majidy

Bagi mereka yang berminat untuk membeli buku keagamaan,buku novel, buku fiksyen dan lain-lain boleh klik link banner dibawah. Insyallah ia banyak membantu menambah pendapatan tatkala ekonomi yang semakin mencabar dan saya ucapkan terima kasih kerana pembelian buku melalui affiliate link ini.

Saturday, February 17, 2018

Manusia Yang Menangis Kerana Allah Akan Mendapat Perlindungan Allah

Rasulullah SAW bersabda,

"Tujuh golongan yang akan mendapat naungan daripada Allah pada hari yang tiada ada naungan kecuali naungan-Nya, antara mereka itu ialah seorang lelaki yang mengingati Allah di saat bersendirian kemudian titsan air matanya mengalir deras."

(HR Muslim: 5293)

Sumber: Buku Menyingkap Rahsia-Rahsia di sebalik Tangisan & Kemarahan Rasullah, Tangisan & Marah Nabi, ditulis oleh Misbah Em Majidy

Bagi mereka yang berminat untuk membeli buku keagamaan,buku novel, buku fiksyen dan lain-lain boleh klik link banner dibawah. Insyallah ia banyak membantu menambah pendapatan tatkala ekonomi yang semakin mencabar dan saya ucapkan terima kasih kerana pembelian buku melalui affiliate link ini.

Friday, February 16, 2018

Manusia Yang Menangis Kerana Allah Akan Dijamin Masuk Syurga

Dalam riwayat sahih dinyatakan. Pada suatu hari, Rasulullah SAW membaca ayat al-Quran surah az-zumar ayat 71:

Orang-orang kafir dibawa ke neraka jahanam berkumpulan-kumpulan.....

"Di hadapan para sahabat. Semua yang mendengar tidak mampu menahan tangisan mereka, kecuali seorang pemuda. "Ketika ditanya Rasulullah, pemuda itu menjawab 'Wahai Uutusan Allah, air mataku kering, sehingga tidak setitis pun yang keluar. Tetapi sesungguhnya hatiku menangis mendengar ayat tersebut. Aku ingin menangis, tetapi air mataku tidak dapat keluar." Rasulullah lantas bersabda "Jika orang tidak mampu menitis air mata, tetapi hatinya menangis (berdukacita), maka bagi dia syurga Allah."

(HR an-Nasa'i: 1315)

"Dua mata yang diharamkan dari api neraka, iaitu mata yang menangis kerana takut kepada Allah dan mata yang menjaga serta mengawasi Islam dan umatnya daripada ganguan orang kafir."

(HR at-Tirmizi: 1635)

Sumber: Buku Menyingkap Rahsia-Rahsia di sebalik Tangisan & Kemarahan Rasullah, Tangisan & Marah Nabi, ditulis oleh Misbah Em Majidy

Bagi mereka yang berminat untuk membeli buku keagamaan,buku novel, buku fiksyen dan lain-lain boleh klik link banner dibawah. Insyallah ia banyak membantu menambah pendapatan tatkala ekonomi yang semakin mencabar dan saya ucapkan terima kasih kerana pembelian buku melalui affiliate link ini.

Thursday, February 15, 2018

Penjelasan Rasulullah Berkaitan Tangisan

"Mata yang beku (keruh) yang tidak mampu menangis adalah disebabkan hati seseorang itu keras dan hati yang keras adalah disebabkan oleh tompokan dosa yang telah dilakukan. Banyaknya dosa yang dibuat oleh seseorang adalah kerana orang tersebut lupa akan mati."

(HR al-Hakim 4/260)

Anas ibnu Malik meriwatkan, dia menceritakan, pada suatu hari Rasulullah SAW bersabda kepada para sahabat,

"Syurga dan nereka ditunjukkan kepadaku, maka aku tidak melihat kebaikkan dan keburukkan seperti hari ini. Seandainya kamu mengetahui apa yang aku ketahui, kamu benar-benar akan sedikit ketawa dan banyak menangis" Anas menekankan, "Tiada satu hari pun yang lebih berat bagi para sahabat selain pada hari itu. Mereka menutupi kepala mereka sanbil menangis teresak-eask."

(HR Muslim: 2359)

Sumber: Buku Menyingkap Rahsia-Rahsia di sebalik Tangisan & Kemarahan Rasullah, Tangisan & Marah Nabi, ditulis oleh Misbah Em Majidy

Bagi mereka yang berminat untuk membeli buku keagamaan,buku novel, buku fiksyen dan lain-lain boleh klik link banner dibawah. Insyallah ia banyak membantu menambah pendapatan tatkala ekonomi yang semakin mencabar dan saya ucapkan terima kasih kerana pembelian buku melalui affiliate link ini.

Wednesday, February 14, 2018

Allah Marah Kepada Manusia Yang Menafikan Nabi Dan Rasulnya

Manusia yang memungkiri kebenaran risalah yang dibawa para nabi dan rasul Allah serta menuduh utusan Allah sebagai pembohong, maka dia akan mendapat kemurkaan daripada Allah.

Dan sesungguhnya orang -orang yang sebelum mereka telah mendustakan rasul-rasulNya. Maka alangkah hebatnya kemurkaan-Ku.

(Al-Mulk: 18)

Dan banyak lagi penjelesan al-Quran berkaitan dengan marah yang dibenarkan dalam syariat Islam mahupun yang dilarang dan inilah penjelasan al-Quran tentang kemarahan-kemarahan Allah kepada para hamba-Nya yang menyalahi syariat Islam. Allah sangat marah kepada para Hamba-Nya yang sengaja melanggar perintah-Nya dan mendekati (melakukan) larangan-Nya.

Manusia-manusia yang dadanya keruh dikotori oleh debu-debu kekafiran, kesyirikan, kemunafikan serta sikap negatif yang lain nescaya akan mati berkafankan dengan kemarahan dan kemurkaan Allah.

Katakanlah kepada mereka. Matilah kamu kerana kemarahan kamu itu. Sesungguhnya Allah mengetahui segala isi hati.

(Ali'Imran: 119)

Syariat Islam menganjurkan insan beriman untuk bertadharru' (menundukkan hati dan jiwa) ketika beribadah kepada Allah supaya titisan air matanya menitis senafas dengan khusyuknya dalam beribadah. 

Ajaran Islam menganjurkan umatnya untuk bersikap sabar dan berjiwa pemaaf dalam menghadapi dugaan-dugaan kehidupan serta redha kepada Allah atas segala yang telah ditakdirkan.

Tangisan dalam beribadah disebabkan kemarahan kerana Allah adalah kurniaan Allah yang diletakkan di dalam dada manusia yang kuat beriman kepada-Nya. Dalam hidup ini, amat mudah untuk menemui manusia-manusia yang tidak pernah menangis ketika beribadah kepada  Allah.

Namun, amat sukar juga menemui manusia yang tergerak hati dan mudah tersentuh jiwanya ketika melihat penderitaan (kesengsaraan) orang lain.

Kebanyakkan manusia yang tidak marah ketika melihat kemuliaan Allah dan rasul-Nya direndah-rendahkan. Ramai juga manusia yang tidak kisah dan tidak marah sedikit pun ketika simbol-simbol agamanya dihina.

Dengan membaca dan menghayati tragis dan marah di dalam al-Quran, setiap insan akan memahami dengan lebih mendalam maksud sebenar tangisan dalam beribadah serta berusaha menghidupkan hati dan menyucikan jiwa agar titisan air mata dapat mengalir sewaktu bersujud kepada Allah.

Dengan memahami makna marah di dalam al-Quran, setiap insan akan dapat memahami bagaimana Allah marah kepada para hamba-Nya yang tidak mematuhi syariat serta mengetahui kemarahan yang dibenarkan dalam syariat Islam.

Sumber: Buku Menyingkap Rahsia-Rahsia di sebalik Tangisan & Kemarahan Rasullah, Tangisan & Marah Nabi, ditulis oleh Misbah Em Majidy

Bagi mereka yang berminat untuk membeli buku keagamaan,buku novel, buku fiksyen dan lain-lain boleh klik link banner dibawah. Insyallah ia banyak membantu menambah pendapatan tatkala ekonomi yang semakin mencabar dan saya ucapkan terima kasih kerana pembelian buku melalui affiliate link ini.

Tuesday, February 13, 2018

Allah Marah Kepada Manusia Yang Menjadikan Musuh Allah Sebagai Penolong

Manusia beriman yang menjadikan musuh Allah mahupun suatu kaum (bangsa) yang dimurkai Allah sebagai penolongnya nescaya mendapat kemarahan dan laknat daripada Allah.

Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu jadikan penolongmu kaum yang dimurkai Allah, sesungguhnya mereka telah putus asa terhadap negeri akhirat sebagaimana orang-orang kafir yang telah berada dalam kubur berputus asa.

(Al-Mumtahanah: 13)

Sumber: Buku Menyingkap Rahsia-Rahsia di sebalik Tangisan & Kemarahan Rasullah, Tangisan & Marah Nabi, ditulis oleh Misbah Em Majidy

Bagi mereka yang berminat untuk membeli buku keagamaan,buku novel, buku fiksyen dan lain-lain boleh klik link banner dibawah. Insyallah ia banyak membantu menambah pendapatan tatkala ekonomi yang semakin mencabar dan saya ucapkan terima kasih kerana pembelian buku melalui affiliate link ini.

Monday, February 12, 2018

Allah Marah Kepada Manusia-Manusia Beriman Yang Bergaul Dengan Sesuatu Kaum (Bangsa) Yang Dimurkai Allah

Manusia beriman yang menjadikan musuh Allah atau suatu kaum yang dimurkai Allah sebagai teman akan mendapat kemurkaan Allah dan dia tidak layak disebut manusia beriman (Mukmin).Allah berfirman:

Tidaklah kamu perhatikan orang-orang yang menjadikan suatu kaum yang dimurkai Allah sebagai teman? Orang-orang itu bukan daripada golongan mereka. Dan mereka bersumpah untuk menguatkan kebohongan, sedang mereka mengetahuinya.

(Al-Mujadilah: 14)