Antara bukti nyata rahmat Allah yang disematkan di dalam dada seorang Mukmin ialah ketika mendengar dan menghayati ayat-ayat Al-Quran. Titisan air matanya akan menitis laju disebabkan hati dan jiwanya dapat melihat kebenaran Kalam Ilahi. Allah berfirman:
Mereka itu adalah orang-orang yang telah diberi nikmat oleh Allah, iaitu para nabi daripada keturunan Adam dan daripada orang-orang yang kami angkat bersama Nuh serta keturunan Ibrahim dan Bani Isreal dan daripada orang-orang yang telah Kami beri petunjuk dan telah kami pilih. Apabila dibacakan ayat-ayat Allah Yang Maha Pemurah kepada mereka, maka mereka menyungkur dengan bersujud dan menangis.
(Maryam: 58)
Sumber: Buku Menyingkap Rahsia-Rahsia di sebalik Tangisan & Kemarahan Rasullah, Tangisan & Marah Nabi, ditulis oleh Misbah Em Majidy
Bagi mereka yang berminat untuk membeli buku keagamaan atau buku untuk Exam boleh klik link banner dibawah. Insyallah ia banyak membantu menambah pendapatan tatkala ekonomi yang semakin mencabar dan saya ucapkan terima kasih kerana pembelian buku melalui affiliate link ini.



