Thursday, February 15, 2018

Penjelasan Rasulullah Berkaitan Tangisan

"Mata yang beku (keruh) yang tidak mampu menangis adalah disebabkan hati seseorang itu keras dan hati yang keras adalah disebabkan oleh tompokan dosa yang telah dilakukan. Banyaknya dosa yang dibuat oleh seseorang adalah kerana orang tersebut lupa akan mati."

(HR al-Hakim 4/260)

Anas ibnu Malik meriwatkan, dia menceritakan, pada suatu hari Rasulullah SAW bersabda kepada para sahabat,

"Syurga dan nereka ditunjukkan kepadaku, maka aku tidak melihat kebaikkan dan keburukkan seperti hari ini. Seandainya kamu mengetahui apa yang aku ketahui, kamu benar-benar akan sedikit ketawa dan banyak menangis" Anas menekankan, "Tiada satu hari pun yang lebih berat bagi para sahabat selain pada hari itu. Mereka menutupi kepala mereka sanbil menangis teresak-eask."

(HR Muslim: 2359)

Sumber: Buku Menyingkap Rahsia-Rahsia di sebalik Tangisan & Kemarahan Rasullah, Tangisan & Marah Nabi, ditulis oleh Misbah Em Majidy



Bagi mereka yang berminat untuk membeli buku keagamaan,buku novel, buku fiksyen dan lain-lain boleh klik link banner dibawah. Insyallah ia banyak membantu menambah pendapatan tatkala ekonomi yang semakin mencabar dan saya ucapkan terima kasih kerana pembelian buku melalui affiliate link ini.