Manusia yang memungkiri kebenaran risalah yang dibawa para nabi dan rasul Allah serta menuduh utusan Allah sebagai pembohong, maka dia akan mendapat kemurkaan daripada Allah.
Dan sesungguhnya orang -orang yang sebelum mereka telah mendustakan rasul-rasulNya. Maka alangkah hebatnya kemurkaan-Ku.
(Al-Mulk: 18)
Dan banyak lagi penjelesan al-Quran berkaitan dengan marah yang dibenarkan dalam syariat Islam mahupun yang dilarang dan inilah penjelasan al-Quran tentang kemarahan-kemarahan Allah kepada para hamba-Nya yang menyalahi syariat Islam. Allah sangat marah kepada para Hamba-Nya yang sengaja melanggar perintah-Nya dan mendekati (melakukan) larangan-Nya.
Manusia-manusia yang dadanya keruh dikotori oleh debu-debu kekafiran, kesyirikan, kemunafikan serta sikap negatif yang lain nescaya akan mati berkafankan dengan kemarahan dan kemurkaan Allah.
Katakanlah kepada mereka. Matilah kamu kerana kemarahan kamu itu. Sesungguhnya Allah mengetahui segala isi hati.
(Ali'Imran: 119)
Syariat Islam menganjurkan insan beriman untuk bertadharru' (menundukkan hati dan jiwa) ketika beribadah kepada Allah supaya titisan air matanya menitis senafas dengan khusyuknya dalam beribadah.
Ajaran Islam menganjurkan umatnya untuk bersikap sabar dan berjiwa pemaaf dalam menghadapi dugaan-dugaan kehidupan serta redha kepada Allah atas segala yang telah ditakdirkan.
Tangisan dalam beribadah disebabkan kemarahan kerana Allah adalah kurniaan Allah yang diletakkan di dalam dada manusia yang kuat beriman kepada-Nya. Dalam hidup ini, amat mudah untuk menemui manusia-manusia yang tidak pernah menangis ketika beribadah kepada Allah.
Namun, amat sukar juga menemui manusia yang tergerak hati dan mudah tersentuh jiwanya ketika melihat penderitaan (kesengsaraan) orang lain.
Kebanyakkan manusia yang tidak marah ketika melihat kemuliaan Allah dan rasul-Nya direndah-rendahkan. Ramai juga manusia yang tidak kisah dan tidak marah sedikit pun ketika simbol-simbol agamanya dihina.
Dengan membaca dan menghayati tragis dan marah di dalam al-Quran, setiap insan akan memahami dengan lebih mendalam maksud sebenar tangisan dalam beribadah serta berusaha menghidupkan hati dan menyucikan jiwa agar titisan air mata dapat mengalir sewaktu bersujud kepada Allah.
Dengan memahami makna marah di dalam al-Quran, setiap insan akan dapat memahami bagaimana Allah marah kepada para hamba-Nya yang tidak mematuhi syariat serta mengetahui kemarahan yang dibenarkan dalam syariat Islam.
Sumber: Buku Menyingkap Rahsia-Rahsia di sebalik Tangisan & Kemarahan Rasullah, Tangisan & Marah Nabi, ditulis oleh Misbah Em Majidy
Bagi mereka yang berminat untuk membeli buku keagamaan,buku novel, buku fiksyen dan lain-lain boleh klik link banner dibawah. Insyallah ia banyak membantu menambah pendapatan tatkala ekonomi yang semakin mencabar dan saya ucapkan terima kasih kerana pembelian buku melalui affiliate link ini.

