Saturday, January 6, 2018

Manusia-manusia Penganut Agama Semawi Pasti Menangis Ketika Mendengar Alunan Ayat-Ayat al-Quran

Para Pemeluk agama-agama Semawi (agama berdasarkan wahyu yang turun dari langit) pasti tidak mampu menahan titisan air mata mereka sewaktu mendengar alunan ayat-ayat al-Quran. Disebabkan itu, hati nurani mereka mengakui dengan jujur kebenaran al-Quran yang diserukan Nabi Muhammad. Tetapi disebabkan kepentingan duniawi, kebanyakkan mereka tidak menunjukkan secara terbuka. Namun begitu, mereka tidak mampu membohongi hati nurani mereka akan kebenaran al-Quran dan risalah agama Nabi Muhamad S.A.W. Al-Quran menjelaskan realiti tersebut, sebagaimana firman-Nya:



Dan apabila mereka mendengarkan apa yang diturunkan kepada Nabi Muhammad, kamu melihat mata mereka mencucurkan air mata disebabkan kebenaran al-Quran yang telah mereka ketahui daripada kitab-kitab mereka sendiri; sambil berkata. Ya Tuhan kami, kami telah beriman, maka catatlah kami bersama orang-orang yang menjadi saksi atas kebenaran al-Quran dan kenabian Muhammad SAW.


(Al-Ma'idah: 83)

Sumber: Buku Menyingkap Rahsia-Rahsia di sebalik Tangisan & Kemarahan Rasullah, Tangisan & Marah Nabi, ditulis oleh Misbah Em Majidy

Bagi mereka yang berminat untuk membeli buku keagamaan,buku untuk Exam dan lain-lain boleh klik link banner dibawah. Insyallah ia banyak membantu menambah pendapatan tatkala ekonomi yang semakin mencabar dan saya ucapkan terima kasih kerana pembelian buku melalui affiliate link ini.