Insan yang beriman yang kuat menerapkan nilai-nilai tauhid, nescaya kehidupannya dijauhkan daripada kegelisahan (kekhuatiran) dan sedih hati. Kelak, di negeri akhirat, dia akan dijamin oleh Allah akan menjadi penghuni syurga-Nya.
Sebagaimana firman, Allah SWT,
Sesungguhnya orang-orang yang menyatakan:"Tuhan kami ialah Allah" Kemudian mereka meneguhkan pendirian mereka, maka malaikat akan turun kepada mereka dengan mengatakan. 'Janganlah kamu berasa takut dan janganlah kamu berasa sedih; dan bergembiralah kamu dengan memperoleh syurga yang telah dijanjikan Allah kepadamu'.
Sumber: Buku Menyingkap Rahsia-Rahsia di sebalik Tangisan & Kemarahan Rasullah, Tangisan & Marah Nabi, ditulis oleh Misbah Em Majidy

(Fusilat: 30)
Wahai hamba-hamba Ku, tiada kekhuatiran terhadapmu pada hari ini dan tidak pula kamu bersedih hati.
(Az-Zukhruf: 68)
Selain itu, masih banyak lagi penjelesan al-Quran berkaitan dengan tangisan dan kesedihan kerana kehidupan insan sejati dipenuhi dengan menangis kerana takut kepada Allah atau melanggar perintah Allah. Hati insan beriman akan bergetar tatkala mendengar ayat-ayat al-Quran dialunkan. Dia akan menangis jika melakukan dosa dan menangis ketika beribadah kepada Allah.
Apabila dibacakan ayat-ayat Allah yang maha pemurah (al-Quran) kepada mereka. Maka mereka bersujud dan menangis.
(Maryam: 58)
Sumber: Buku Menyingkap Rahsia-Rahsia di sebalik Tangisan & Kemarahan Rasullah, Tangisan & Marah Nabi, ditulis oleh Misbah Em Majidy
Bagi mereka yang berminat untuk membeli buku keagamaan,buku untuk Exam dan lain-lain boleh klik link banner dibawah. Insyallah ia banyak membantu menambah pendapatan tatkala ekonomi yang semakin mencabar dan saya ucapkan terima kasih kerana pembelian buku melalui affiliate link ini.