Thursday, January 18, 2018

Marah Adalah Sifat Asas Manusia Hipokrit Dan Manusia Pemarah Akan Dibiarkan Mati Dalam Kemarahan-Nya

Marah dan dengki ialah sifat asas manusia-manusia hipokkrit (munafik), mulut mereja mengaku beriman kepada Allah dan rasul-Nya, tetapi hati mereka sangat marah dan benci terhadap kaum Muslimin. Manusia seperti itu akan dibiarkan oleh Allah mati dalam keadaan marah dan kelak sewaktu menghadap Allah, dia hanya membawa bekal dosa-dosa kemarahannya. Nas al-Quran menjelaskan,



Beginilah nasib keadaan dirimu, kamu menyukai mereka padahal mereka tidak menyukai kamu dan kamu beriman kepada kitab-kitab semuanya. Apabila mereka menjumpai kamu, mereka berkata. Kami beriman dan apabila mereka menyendiri, mereka mengigit hujung jari lantaran marah bercampur benci terhadap kamu. Katakanlah kepada mereka. Matilah kamu kerana kemarahan kamu itu. Sesungguhnya Allah mengetahui segala isi hati.
(Ali'Imran: 119)

Sumber: Buku Menyingkap Rahsia-Rahsia di sebalik Tangisan & Kemarahan Rasullah, Tangisan & Marah Nabi, ditulis oleh Misbah Em Majidy

Bagi mereka yang berminat untuk membeli buku keagamaan,buku untuk Exam dan lain-lain boleh klik link banner dibawah. Insyallah ia banyak membantu menambah pendapatan tatkala ekonomi yang semakin mencabar dan saya ucapkan terima kasih kerana pembelian buku melalui affiliate link ini.