Saturday, March 10, 2018

Tangis Rasulullah SAW Sewaktu Ingat Akan Neraka

Anas Ibnu Malik meriwayatkan, dia menceritakan,

"Pada suatu masa, Jibrail datang menemui Rasulullah SAW. Ketika itu raut wajah malaikat Allah itu kelihatan sedih dan tidak seperti biasa. Rasulullah SAW bertanya 'Kenapa raut wajahmu berubah?' Jibrail menjawab, 'Wahai Muhammad, aku datang kepadamu sewaktu Allah menyuruh supaya dikobarkan api neraka, maka tidak sepatutnya bagi orang yang mengetahui bahawa neraka jahanam itu benar dan seksa kubur itu benar serta seksa Allah itu terbesar untuk bersenang-senang sebelum dia berasa aman daripadanya.'

Rasulullah SAW lantas bertanya,'Wahai Jibrail, jelaskan kepadaku sifat jahanam.' Jibrail menjawab, 'Ketika Allah menjadikan jahanam, maka dinyalakan selama seribu tahun sehingga merah, kemudian dilanjutkan seribu tahun sehingga putih, kemudian seribu tahun sehingga hitam, maka ia hitam gelap, tidak pernah padam nyalaan dan baraanya. Demi Allah yang mengutuskan engkau dengan hak, andaikan terbuka sebesar lubang jarum nescaya akan dapat membakar penduduk dunia semuanya kerana panasnya. Demi Allah yang mengutuskan engkau dengan hak, andaikan satu baju ahli neraka itu digantung antara langit dan bumi nescaya akan mati penduduk bumi kerana panas dan bahangnya.

Demi Allah yang mengutuskan engkau dengan hak, andaikan satu pergelangan daripada rantai yang disebutkan dalam al-Quran itu diletakkan di atas bukit, nescaya akan cair sampai ke bawah bumi yang ketujuh. Demi Allah yang mengutuskan engkau dengan hak, andaikan seorang di hujung barat terseksa, nescaya akan terbakar orang-orang yang di hujung di timur kerana sangat tpanasnya yang teramat. Jahanam itu sangat dalam dan perhiasannya ialah besi dan minumannya ialah air panas bercampur nanah dan pakaiannya adalah potongan-potongan api. Api neraka itu ada tujuh pintu, tiap-tiap pintu ada bahagian tertentu daripada lelaki dan perempuan.'

Rasulullah SAW bertanya lagi, 'Adakah pintu-pintunya bagaikan pintu-pintu rumah kami?' Jibrail menjawab, 'Tidak, tetapi selalu terbukam setengahnya berada di bawah daripada yang lainnya, jarak dari pintu ke pintu perjalanannya selama 70,000 tahun, setiap pintu lebih panas daripada pintu yang lain sebanyak 70 kali ganda.'

Rasullulah SAW bertanya lagi, 'Siapakah penduduk pintu-pintu itu.? Jibrail menjawab, 'Pintu yang terbawah untuk orang-orang munafk dan orang-orang yang kafir setelah diturunkan mukjizat Nabi Isa AS serta keluarga Firaun, namanya ialah Al-Hawiyah. Pintu kedua ialah tempat orang-orang musyrikin bernama Jahim. Pintu ketiga tempat orang Shabi'in bernama Saqar. Pintu keempat tempat iblis dan pengikut kaum Majusi bernama Ladha, Pintu Kelima orang Yahudi bernama Huthamah. Pintu Keenam tempat Nasrani bernama Sa'ir.'

Setelah menjelaskan hal tersebut, jibrail sengaja diam, kemudian Rasulullah SAW bertanya lagi, 'Wahai Jibrail kenapa kau tidak menerangkan penduduk pintu ketujuh.?' Jibrail menjawab, ' Di dalamnya orang-orang yang berdosa besar daripada umatmu yang sampai mati tidak sempat bertaubat.' Mendengar penjelasan tersebut, Rasulullah SAW ketika itu jatuh pengsan, Jibrail lantas meletakkan kepala Rasulullah SAW di pangkuan sehingga baginda sedar kembali.

Setelah sedar Rasulullah SAW berujar, 'Wahai Jibrail, sungguh besar kerisauanku dan rasa sedihku benar-benar tidak terperi, apakah ada seorang daripada umatku yang akan masuk ke dalam neraka?' Jibrail menjawab. 'Ya ada, iaitu orang yang berdosa besar daripada umatmu.' Kemudian Rasulullah SAW menangis dan Jibrail juga menangis. Lalu Rasulullah SAW masuk ke dalam rumahnya dan tidak keluar kecuali sembahyang kemudian kembali dan tidak berbicara dengan orang dan apabila sembahyang baginda selalu menangis dan minta (berdoa) kepada Allah."


(HR al-Baihaqi: 3894)


Sumber: Buku Menyingkap Rahsia-Rahsia di sebalik Tangisan & Kemarahan Rasullah, Tangisan & Marah Nabi, ditulis oleh Misbah Em Majidy


Bagi mereka yang berminat untuk membeli buku keagamaan,buku novel, buku fiksyen dan lain-lain boleh klik link banner dibawah. Insyallah ia banyak membantu menambah pendapatan tatkala ekonomi yang semakin mencabar dan saya ucapkan terima kasih kerana pembelian buku melalui affiliate link ini.