Tuesday, March 6, 2018

Tangisan Rasulullah SAW Sewaktu Membaca Dan Mendengar Alunan Ayat-Ayat Suci Al-Quran

Abdullah ibnu Mas'ud meriwayatkan, dia menceritakan,

"Pada suatu hari, Rasulullah SAW bersabda kepadaku, 'Bacalah al-Quran untukku.' Lalu aku berkata, 'Wahai utusan Allah, adakah aku perlu membacanya, sedangkan al-Quran itu diturunkan kepadamu?' Rasulullah SAW besabda, "Aku lebih suka mendengarnya daripada orang lain." Maka akupun membacakan surah an-Nisa' untuk baginda. Tatkala sampai pada ayat 'Maka bagaimanakah (halnya orang-orang kafir nanti), apabila kami mendatangkan seseorang saksi (rasul) daripada tiap-tiap umat dan Kami mendatangkan kamu (Muhammad) sebagai saksi atas mereka itu (sebagai umatmu)' Aku lihat air mata baginda menitis laju.'"


(HR al-Bukhari: 3175)

Sumber: Buku Menyingkap Rahsia-Rahsia di sebalik Tangisan & Kemarahan Rasullah, Tangisan & Marah Nabi, ditulis oleh Misbah Em Majidy


Bagi mereka yang berminat untuk membeli buku keagamaan,buku novel, buku fiksyen dan lain-lain boleh klik link banner dibawah. Insyallah ia banyak membantu menambah pendapatan tatkala ekonomi yang semakin mencabar dan saya ucapkan terima kasih kerana pembelian buku melalui affiliate link ini.