Monday, March 12, 2018

Penjelasan Rasulullah Berkaitan Dengan Marah


"Bukanlah manusia (kuat) itu yang menang dalam beradu kekuatan. Tetapi manusia yang kuat itu adalah yang dapat mengendalikan (menguasai) dirinya ketika marah.


(HR Muslim: 4723)

Nabi Muhammad SAW ialah seorang yang berjiwa besar, minda yang teguh, berkeperibadian  indah dan bermoral luhur. Rasulullah tidak pernah marah apabila disakiti dan dianiaya.

Rasulullah SAW sentiasa membalas setiap keburukan yang dialaminya dengan kebaikkan dan memaafkan orang- orang yang melakukan kejahatan kepadanya tetapi Rasulullah SAW akan marah jika hukum-hukum Allah dilanggar mahupun syariat-Nya dipermainkan.

Pada suatu ketika salah seorang sehabat menghadap Rasulullah SAW sambil berkata, "Wahai utusan Allah berilah aku wasiat." Rasulullah SAW bersabda,

"Jangan marah! Dan ketika sahabat itu mengulang-ulang pertanyaannya, jawapan Rasulullah SAW tetap dengan jawapan, "Jangan marah!"

(HR al-Bukhari: 616)

"Apabila salah seorang antara kamu marah, maka diamlah."

(HR Ahmad: 1/301)

"Sesiapa yang menahan marahnya sedangkan dia mampu melepaskannya, maka di negeri akhirat nanti, Allah memanggilnya bersama kumpulan makhluk-Nya yang terbaik. Allah memberinya kebebasan untuk memilih bidadari yang dia sukai."

(HR Abu Daud: 1538)

Rasulullah SAW melarang umatnya yang marah berkaitan dengan masalah-masalah yang ada kaitan dengan kemanusiaan. Namun begitu, jika berkaitan dengan akidah dan agama, Rasulullah menganjurkan umatnya untuk bersikap tegas dan berani marah apabila hukum Allah dilanggar dan Syariat Islam dilecahkan (dihina).

Rasulullah SAW juga bersabda,

"Cukup berdosa orang yang jika diingatkan agar bertakqa kepada Allah, dia marah."

(HR at-Tabrani: 8015)

"Sesiapa mencari keredhaan manusia sehingga memurkakan Allah, maka orang-orang yang tadinya memuji akan berubah dengan mencelanya. Namun, sesiapa yang mengutamakan ketaatan kepada Allah, meskipun menyebabkan orang ramai menjadi marah kepadanya maka cukuplah Allah yang menjadi penolong dan pembelanya dalam menghadapi permusuhan setiap musuh, kedengkian setiap pendengki dan kezaliman setiap orang zalim."

(HR at-Tabrani: 8017)

Rasulullah SAW memberi teladan berkaitan dengan kesabaran, kelaparan jiwa dan kekuatan mental dalam menghadapi permasalahan hidup yang bersifat kemanusiaan. Rasulullah SAW juga memberi contoh berkaitan dengan ketegasan dalam berakidah dan beragama, bahkan kemarahan menjadi wajib tatkala hukum-hukum Allah dilanggar dan syariat Islam dinodai.

"Apabila kamu melihat kemungkaran maka ubahlah dengan tangan atau kekuasaan, apabila tidak mampu maka hendaklah mengubah dengan ucapan atau lisan (nasihat), apabila tidak mampu, maka ubahlah dengan hati. Dan yang terakhir inilah selemah-lemah iman."

(HR Muslim: 4751)




Sumber: Buku Menyingkap Rahsia-Rahsia di sebalik Tangisan & Kemarahan Rasullah, Tangisan & Marah Nabi, ditulis oleh Misbah Em Majidy


Bagi mereka yang berminat untuk membeli buku keagamaan,buku novel, buku fiksyen dan lain-lain boleh klik link banner dibawah. Insyallah ia banyak membantu menambah pendapatan tatkala ekonomi yang semakin mencabar dan saya ucapkan terima kasih kerana pembelian buku melalui affiliate link ini.