"Tidaklah kekuatan itu diukur dengan beradu kekuatan. Tetapi yang kuat itu adalah yang dapat mengendalikan dirinya ketika marah."
(HR al-Bukhari: 4911)
Anas ibnu Malik meriwatkan, dia menceritakan,
Pada suatu hari, Rasulullah SAW melalui sekumpulan kaum yang sedang bertarung (bergusti). Rasulullah SAW lantas bertanya, "Apa yang sedang kamu lakukan?" Mereka menjawab, "Dia seorang yang kuat, tiada seorang pun yang bertarung dengannya yang mampu mengalahkannya."Kemudia Rasulullah SAW bersabda, "Mahukah kamu aku tunjukkan orang yang lebih kuat daripadanya? Dia ialah seorang yang dizalimi namun dia menahan kemarahannya kemudian dia mengalahkan orang yang mengzaliminya dan mengalahkan syaitan di dalam dirinya serta mengalahkan syaitan di dalam diri saudaranya."
(HR Ahmad: 25206)
Sumber: Buku Menyingkap Rahsia-Rahsia di sebalik Tangisan & Kemarahan Rasullah, Tangisan & Marah Nabi, ditulis oleh Misbah Em Majidy
Bagi mereka yang berminat untuk membeli buku keagamaan,buku novel, buku fiksyen dan lain-lain boleh klik link banner dibawah. Insyallah ia banyak membantu menambah pendapatan tatkala ekonomi yang semakin mencabar dan saya ucapkan terima kasih kerana pembelian buku melalui affiliate link ini.
