Sunday, March 11, 2018

Air Mata Adalah Tanda Rahmat Kasih Sayang Daripada Allah

Rasulullah SAW bersabda,

"Air mata ini adalah kasih sayang yang diletakkan oleh Allah dalam hati setiap hamba-Nya."


(HR Ahmad: 1/293)

Dalam hadis lain Rasulullah SAW menegaskan,

"Air mata itu bukti kasih sayang yang ditanamkan oleh Allah di dalam hati hamba-hamba-Nya. Sesungguhnya Allah menyayangi hamba-hamba-Nya yang penyayang."

(HR Ahmad: 1/293)

Banyak lagi penjelasan Rasulullah SAW berkaitan dengan tangisan. Iaitu setiap benda memiliki sifat asas. Manakala ciri-ciri orang yang dibiarkan binasa ialah tidak menangis kerana takut kepada Allah.

Oleh itu, Rasulullah SAW menganjurkan umatnya untuk membiasakan diri menangis tanda ingat kepada Allah dan kepada kehidupan akhirat. Rasulullah SAW bersabda,

"Aku tidak pernah melihat kebaikkan sama sekali melebihi apa yang telah aku lihat di dalam syurga pada hari ini. Aku juga tidak pernah melihat keburukkan melebihi apa yang aku lihat di dalam neraka pada hari ini. Seandainya kamu melihat apa yang telah aku lihat dan mengetahui apa yang telah aku ketahui, semua yang aku lihat hari ini dan sebelumnya, maka sungguh kamu pasti sangat takut, menjadi sedikit tertawa dan banyak menangis."

(HR Muslim: 2359)

Dalam hadis lain Rasulullah Saw menegaskan,

"Jika salah seorang antara kamu sanggup menangis, maka jangan ditahan tangisan itu. Kalau tidak mampu menangis, rasakan di dalam hatimu seluruh penderitaan yang pernah kau alami. Berusahalah untuk menangis kerana hati yang keras, dijauhkan daripada Allah."

(HR Abu Daud: 1535)

"Menangislah kamu semua. Dan apabila kamu tidak dapat menangis maka pura-pura menangislah kamu!"

(HR Al-Baihaqi: 2248)

Rasulullah SAW juga menyatakan bahawa air mata adalah tanda jelas kasih sayang Allah kepada para hamba-Nya. Manusia yang menangis sewaktu beribadah atau ketika melihat penderitaan orang lain adalah manusia yang mendapat kasih sayang Allah. Sabda Rasulullah SAW,

"Air mata itu bukti kasih sayang yamg ditanamkan oleh Allah di hati hamba-hamba-Nya. Sesungguhnya Allah menyayangi hamba-hamba-Nya yang penyayang."

(HR Ahmad: 1/293)

Oleh itu, sebaiknya setiap insan Muslim dan Muslimah berusaha untuk menjernihkan hati dan jiwa, agar nuraninya jernih, dengan itu titisan air matanya dapat menitis deras sewaktu beribadah dan air matanya juga akan mengalir sewaktu melihat penderitaan (kesengsaraan) orang lain. Setiap insan juga perlu meneladani tangisan Rasulullah SAW dalam beribadah, kehidupan sosial, ingat kematian, ingat kehidupan akhirat serta tangis Rasulullah SAW kerana takut kepada Allah.


Sumber: Buku Menyingkap Rahsia-Rahsia di sebalik Tangisan & Kemarahan Rasullah, Tangisan & Marah Nabi, ditulis oleh Misbah Em Majidy

Bagi mereka yang berminat untuk membeli buku keagamaan,buku novel, buku fiksyen dan lain-lain boleh klik link banner dibawah. Insyallah ia banyak membantu menambah pendapatan tatkala ekonomi yang semakin mencabar dan saya ucapkan terima kasih kerana pembelian buku melalui affiliate link ini.