Tanggal 10 Ramadan tahun ke-10 kenabian (3 tahun sebelum Hijrah). Khadijah binti Khuwalid, isteri tercinta Rasulullah SAW meninggal dunia. Rasulullah SAW sangat sedih dengan kepergian belahan jiwanya ini.
Khadijah merupakan satu-satunya isteri Rasulullah SAW yang memberi keturunan kepadanya. Dia juga selama lima belas tahun lebih mendampangi Rasulullah SAW sebagai manusia biasa (sebelum dilantik menjadi nabi dan utusan Allah).
Khadijah membantu Rasulullah SAW di masa jahillah (era kegelapan), dia pembela utama Rasulullah SAW di saat-saat susah dalam kehidupannya di era Jahiliah. Khadijah memdampangi suami tercintanya dalam menciptakan kehidupan yang suci dan bersih, jauh daripada berhala-berhala (paganisme), Khamer (arak), judi, hipokrit, cakap kosong, tipu daya dan hura-hura serta kecintaan dunia yang lain.
Khadijah membantu Rasulullah SAW dalam kehidupan Uzlah (menyendiri) dan Khalwat (proses perenungan) serta menjauhi kecintaan dunia karut-marut kehidupan Jahiliah. Khadijah menyiapkan bekal kepada Nabi Muhammad SAW setiap tahun untuk menghabiskan bulan Ramadan di gua Hira'.
Semasa perlantikan sebagai Nabi dan Rasul, Khadijah merupakan orang pertama yang mengimani risalah Islam, dia berdiri di garis paling depan membela Rasulullah SAW dalam menyiarkan agama Allah.
Ketika turun Wahyu pertama dan ketika Rasulullah SAW didera ketakutan tidak berhujung, dengan penuh kasih Khadijah berkata kepada Muhammad, "Demi Allah! Yang nyawaku ada digenggaman-Nya. Percayalah, Allah tidak mungkin dan tidak akan mensia-siakan dirimu! Yakinlah. Allah mengetahui dengan pasti siap dirimu selama ini!"
Khadijah mencuba meredakan keresahan suaminya dengan penuh kepercayaan dan keyakinan. Laksana seorang ibu, dipeluknya Muhammad SAW dan dengan tutur yang manis dan lembut ditenangkan suaminya, "Tenangkan hatimu wahai suamiku. Percayalah Allah selalu menjagamu. Tegakkan hatimu. Laluilah esok dengan ceria. Bukankah memang demikian sepatutnya? Peristiwa spektakuler (tekanan) ini sepatutnya membuat dirimu dan diriku menjadi senang. Aku sangat berharap kaulah yang menjadi nabi umat ini! Bukankah selama ini kau adalah manusia yang baik bahkan terbaik? Ramah, santun dan lembut budi bahasa sikapmu? Penuh amanah, berakhlak mulia? Singkirkan semua duka nestapa yang berada di hatimu! Mari kita serahkan semuanya kepada Rabb (Tuhan)."
Disebabkan pengorbanan inilah, setelah proses penguburan Khadijah, Rasulullah SAW tidak mampu menahan tangisan sedihnya. Ketika salah seorang sahabat bertanya, "Wahai utusan Allah, tuan kelihatan sangat sedih dan titisan air mata tuan terus mengalir." Rasulullah SAW menjawab dengan tangisan kesedihan di dalam,
"Adakah ada wanita pengganti yang lebih baik dari Khadijah? Ketika semua orang menafikanku, dia membenarkanku, Dia membantuku dalam menyebarkan agama Allah dan menolongku dengan hartanya."
Dalam riwayat lain disebutkan dengan redaksi hadis,
"Allah tidak memberi kepadaku pengganti isteri yang lebih baik daripada dia (Khadijah RA). Dia beriman di kala semua orang mengengkari kenabianku. Khadijah membenarkan kenabianku di kala semua orang mendustakan diriku. Ia menyantuni diriku dengan hartanya di kala semua orang tidak mahu menolongku.Melalui Khadijah Allah menganugerahkan anak kepadaku, tidak daripada isteri yang lain."
Rasulullah SAW benar-benar merasa kehilangan kerana ditinggal pendamping dan penghiburnya yang paling setia. Dengan cinta dan kasihnya, Khadijah melabuhkan semua 'rasa' kasih dan setia baktinya kepada Nabi Muhammad SAW. Hati Rasulullah SAW begitu pilu kerana isteri yang sekaligus teman, ibu dan penenang jiwanya telah dipanggil oleh-Nya. Tambahan pula, beberapa hari sebelum kematian Khadijah, pak ciknya yang tercinta Abu Talib juga meninggal. Kedua-duanya merupakan seorang yang sangat penting dalam kehidupan Rasulullah SAW. Pemergian mereka membuatkan Rasulullah SAW benar-benar sedih dan meninggalkan bekas yang teramat dalam di dalam jiwanya. Oleh itu, tahun itu disebut Aam al-Khuzn (tahun duka).
(At-Tobaqat al-Kubra karya Ibnu Saad: 8/179 - 180)
Sumber: Buku Menyingkap Rahsia-Rahsia di sebalik Tangisan & Kemarahan Rasullah, Tangisan & Marah Nabi, ditulis oleh Misbah Em Majidy
Bagi mereka yang berminat untuk membeli buku keagamaan,buku novel, buku fiksyen dan lain-lain boleh klik link banner dibawah. Insyallah ia banyak membantu menambah pendapatan tatkala ekonomi yang semakin mencabar dan saya ucapkan terima kasih kerana pembelian buku melalui affiliate link ini.
