Sunday, April 1, 2018

Rasulullah SAW Melihat Orang Yang Menyeksa Sesama Manusia

Abu Said al-Badri meriwayatkan,

"Ketika, aku sedang merotan hambaku yang muda, aku mendengar suara orang menyeru dari belakangku. Orang itu berkata, 'Ketahuilah hai Aba Mas'ud!' Sungguh aku tidak tahu suara siapakah itu kerana ketika itu aku sedang berang (marah). Ketika orang itu mendekatiku barulah aku tahu ternyata yang datang itu adalah Rasulullah SAW. Baginda bersabda dengan raut wajah marah, 'Ketahuilahh hai Aba Mas;ud! Ketahuilah hai Aba Mas'ud! Mendengar perkataan itu aku campakkan cemeti daripada tanganku, Rasulullah SAW kemudian meneruskan ucapannya dengan raut wajah yang penuh kemarahan, ketahuilah, hai Aba Mas'ud! sesungguhnya Allah lebih mampu bertindak terhadapmu daripada tindakanmu terhadap anak muda itu!, Aku spontan menjawab, 'Wahai utusan Allah, dia sekarang ini aku merdekakan kerana Allah.' Rasulullah SAW bersabda, ' Kalau kamu tidak memerdekakannya maka api neraka akan menjilatmu.'"


(HR al-Bukhari: 6194)

Masih terdapat banyak lagi penjelasan Rasulullah SAW berkaitan dengan kemarahan-kemarahan Rasulullah SAW demi dan untuk Allah bukan kerana nafsu (emosi).

Rasulullah SAW juga bersabda,

"Cukup berdosa orang yang jika diingatkan agar bertakwa kepada Allah, dia marah."

(HR at-Tabrani: 8015)

Marah ialah gelinjang emosi jiwa yang wajib diatasi, kerana ianya dapat merosakkan keharmonian hidup sesama insan, sama ada keluarga mahupun masyarakat serta dapat merosakkan kesihatan mental. Pada Suatu hari ketika seorang sahabat menghadap Rasulullah SAW sambil berkata, "Wahai utusan Allah berilah aku wasiat."

Rasulullah SAW bersabda,

"Jangan marah!." Dan ketika sahabat itu mengulang-ulang pertanyaannya, jawapan Rasulullah SAW tetap dengan satu jawapan, "Jangan marah!"

(HR al-Bukhari: 6116)

"Apabila kamu melihat kemungkaran maka ubahlah dengan tangan atau kekuasaannya, apabila tidak mampu maka hendaklah merubah dengan ucapan atau lisan (nasihat), apabila tidak mampu, maka ubahlah dengan hati, Dan yang terakhir inilah selemah-lemahnya iman."

(HR Muslim: 4723)

Manakala jika yang berkaitan dengan kesalahan atau kesilapan sesama manusia, syariat Islam menganjurkan untuk bersabar dan menahan (menguasai) diri daripada kemarahan.

Dalam pandangan Islam, manusia yang kuat bukanlah yang mereka yang mempunyai fizikal yang kuat, tetapi mereka yang mampu menahan emosi dan mengawal diri sewaktu marah.




Sumber: Buku Menyingkap Rahsia-Rahsia di sebalik Tangisan & Kemarahan Rasullah, Tangisan & Marah Nabi, ditulis oleh Misbah Em Majidy


Bagi mereka yang berminat untuk membeli buku keagamaan,buku novel, buku fiksyen dan lain-lain boleh klik link banner dibawah. Insyallah ia banyak membantu menambah pendapatan tatkala ekonomi yang semakin mencabar dan saya ucapkan terima kasih kerana pembelian buku melalui affiliate link ini.