"Dua titsan (butiran) yang paling dicintai Allah adalah titisan air mata kerana takut kepada Allah dan titsan darah yang tumpah (mengalir) fi sabilillah (di jalan Allah).
(HR Muslim: 1031)
Tangisan merupakan realiti biologi dan psikologi yang bersifat alami (sunnatullah). Titisan air mata manusia adalah berasal daripada relung kalbu dan jiwa serta berkait rapat dengan sumber spiritual manusia. Dalam pandangan Islam, titisan air mata yang mengalir daripada tangisan seorang hamba adalah bukti hamba tersbut berhati tenang dan berjiwa bersih. Tangisan juga merupakan bukti kasih sayang Allah kepada si hamba.
Manakala dalam pandangan pakar (ilmuwan) kesihatan moden, tangisan adalah kenyataan biologi. Ianya berfungsi sebagai sistem pembersih kornea mata. Jika air mata mendap di sebalik mata, alat penglihatan akan terganggu,
Air mata dapat mengalir kerana faktor fisiologi atau sewaktu hormon tidak seimbang. Air mata yang memberikan rasa lega berfungsi sebagai terapi mengatasi rasa cemas, Jika sekali tangisan seseorang baik untuk kesihatan fizikal dan mentalnya.
Rasulullah SAW ialah seorang yang berhati lembut, berperasaan halus dan titisan air matanya menitis di setiap langkah kehidupannya sehari-hari. Ketika menangis, Rasulullah SAW tidak tersedu-sedu dan tidak pula dengan suara yang tinggi. Tangisan baginda cukup dengan aliran air mata dan terdengar gemuruh di dadanya.
Rasulullah SAW terkadang menangis kerana rasa simpati (kasihan) kepada orang yang meninggal. Terkadang disebabkan kerisauan serta belas kasih baginda kepada umatnya. Titisan air mata Rasulullah mengalir sebab takut kepada Allah dan ketika mendengar alunan-alunan ayat-ayat Al- Quran al-Karim.
Rasulullah SAW ialah seorang yang humanis, mudah tersentuh hati dan jiwanya tatkala melihat penderitaan, musibah dan kesengsaraan orang lain. Bahkan penderitaan yang dialami makhluk-makhluk Allah yang lain juga sering membuatkan Rasulullah menitiskan air mata.
Rasulullah SAW tidak mampu menahan titisan air matamya daripada mengalir deras sewaktu sujud kepada Allah, ketika nilai-nilai luhur kemanusiaan dinodai, hak-hak asasi manusia dirampas serta insan dianiaya. Titisan air mata Rasulullah SAW juga menitis sewaktu memperjuangkan risalah Islam semasa hidupnya,
Dalam riwayat yang sahih dinyatakan
"Tatkala Rasulullah SAW melihat nasib hidup yang dialami oleh Saad ibnu Mu'ad. Dia ialah seorang yang miskin yang bekerja sebagai pemecah batu, tidak pernah mengeluh dengan takdir kemiskinan yang membelit dirinya. Dia bekerja keras mencari rezeki yang halal untuk menyara hidup keluarganya. Pada suatu hari, ketika Saad bertemu Rasulullah SAW, baginda melihat tangan saad melepuh kerana kerja keras. Rasulullah tidak mampu menahan titisan air matanya dan tangisan harunya. Rasulullah SAW memegang tangan kasar itu dan menciumnya, sambil berkata "Inilah tangan yang tidak akan disentuh oleh api neraka."
(HR Ahmad: 25215)
Aisyah RA meriwayatkan, dia menceritakan,
"Setiap kali Rasulullah solat malam di rumah, Rasulullah SAW sering teresak-esak dan menangis sepanjang solatnya, sehingga janggutnya basah terkena air mata. Rasulullah SAW juga bersabda,
'Sesungguhnya al-Quran diturunkan dengan kesedihan dan penderitaan, maka jika kamu membacanya, menangislah!'
(HR Ahmad: 25216)
Isteri kesayangan Rasulullah SAW ini juga menekankan Rasulullah SAW bersabda,
"Beberapa surah telah membuatku berubah seperti surah Hud, al-Waqi'ah, al-Mursalat, an-Naba'. Dan surah at-Tawkir.'
(HR at-Tirmizi: 3723)
Sumber: Buku Menyingkap Rahsia-Rahsia di sebalik Tangisan & Kemarahan Rasullah, Tangisan & Marah Nabi, ditulis oleh Misbah Em Majidy
Bagi mereka yang berminat untuk membeli buku keagamaan,buku novel, buku fiksyen dan lain-lain boleh klik link banner dibawah. Insyallah ia banyak membantu menambah pendapatan tatkala ekonomi yang semakin mencabar dan saya ucapkan terima kasih kerana pembelian buku melalui affiliate link ini.
