Sewaktu kaum Muslimin berhijrah ke bumi Madinah, Ruqayyah juga ikut berhijrah ke Madinah bagi menyusuli Rasulullah SAW yang telah berhijrah terlebih dulu. Dia jatuh sakit sewaktu Rasulullah SAW sedang berada di Badar mempersiapkan perang melawan kaum Musyrikin. Mendengar khabar itu, Rasulullah segera meminta Usman ibnu Affan pulang untuk merawat Ruqayyah. Penyakit Ruqayyah tidak sembuh. Akhirnya puteri Rasulullah ini meninggal pada bulan Ramadan, 17 bulan setelah hijrah.
Berita kemenangan kaum Muslimin di Badar diterima penduduk Madinah tepat pada hari meninggalnya Ruqayyah. Di kala itu Rasulullah masih berada di Badar. Berita kematian Ruqayyah disampaikan oleh Zaid ibnu Haritsah kepada Rasulullah SAW. Rasulullah SAW lantas pulang ke Madinah, sewaktu sampai di bumi Madinah, pemakaman telah selesai. Titisan air mata Rasulullah SAW pun tumpah di atas pusara Ruqayyah.
Ibnu Abbas meriwayatkan, dia menceritakan,
"Semasa meninggalnya Ruqayyah, para wanita menangisi kematiannya. Menyaksikan hal itu, Umar ibnu Khattab segera menghampiri mereka dan mencemati mereka. Rasulullah SAW menahan tangan Umar sambil berkata, 'Biarkan mereka menangis, wahai Umar.!' Tetapi hati-hatilah dengan bisikan syaitan yang datang dari hati dan mata adalah daripada Allah dan merupakan rahmat. Yang datang daripada tangan dan lidah adalah daripada syaitan.'
Fatimah az Zahrah, adik kandung Ruqayyah yang di kala itu duduk di samping Rasulullah SAW di hujung makam kakaknya menangis sedih. Dia merasakan kehilangan kakak yang dicintainya. Rasulullah SAW mengelap air mata Fatimah dengan hujung bajunya. Rasulullah SAW meminta Fatimah bersabar. Namun begitu, sebagai manusia biasa dan sebagai ayah daripada seorang anak, Rasulullah tidak mampu menahan titisan air matanya daripada mengalir di atas kepergian Ruqayyah ke alam baqa'."

(Sahih Ibnu Hibban, karya Ibnu Hibban: 1 / 341-342)
Sumber: Buku Menyingkap Rahsia-Rahsia di sebalik Tangisan & Kemarahan Rasullah, Tangisan & Marah Nabi, ditulis oleh Misbah Em Majidy
Bagi mereka yang berminat untuk membeli buku keagamaan,buku novel, buku fiksyen dan lain-lain boleh klik link banner dibawah. Insyallah ia banyak membantu menambah pendapatan tatkala ekonomi yang semakin mencabar dan saya ucapkan terima kasih kerana pembelian buku melalui affiliate link ini.