Nabi Muhammad SAW lahir dalam keadaan yatim, Abdullah ibnu Abd Mutalib ayah kandungnya meninggal dunia ketika Nabi Muhammad masih dalam kandungan Aminah, ibundanya. Kemudian Aminah meninggal ketika Rasulullah SAW berusia 6 tahun, dalam perjalananntuk untuk melihat kubur Abdullah suaminya tercinta. Kemudiannya Nabi Muhammad SAW diasuh datuknya bernama Abu Mutalib.
Kehidupan Rasulullah SAW bersama datuknya Abdul Mutalib adalah masa yang indah dan bahagia. Tetapi tidak berapa lama kemudian Abu Mutalib pula meninggal. Lalu baginda diasuh oleh pak ciknya bernama Abu Talib. Pak cik Rasulullah SAW ini ialah seorang yang hidup penuh bersahaja dan tidak kaya. Oleh itu, di usia muda, Rasulullah SAW membantu ekonomi pak ciknya dengan bekerja sebagai pengembala kambing milik penuh penduduk Mekah.
Kemudian, pada usia 12 tahun, Rasulullah SAW membantu pak ciknya berniaga di negeri Syam (Syria). Ianya merupakan sebuah perjalanan yang melintasi negara yang agak berat untuk orang muda seusianya. Namun, Muhammad SAW bertekad untuk membantu pak ciknya mencari rezeki untuk menyara kehidupan keluarganya. Meskipun hidup sederhana, kasih sayang dan perhatian Abu Talib kepada anak saudaranya jauh lebih besar daripada anak-anak kandungnya sendiri.
Dalam perjalanan menuju Syam, Muhammad SAW merasa betapa bahagianya anak-anak yang memiliki ayah dan ibu mempunyai tempat untuk mencurah hati dan perasaan. Betapa beruntungnya kanak-kana seusia dia (12 tahun) yang memiliki ayah dan ibu yang dapat memberikan kasih sayang serta merta mencukupkan keinginannya. Baginda tidak mampu menahan tangisannya sewaktu mengingati Abu Mutalib datuk terkasihnya.
Namun begitu, Nabi Muhammad SAW sejak usia muda menerima takdirnya dengan ikhlas, dia tidak pernah mengeluh dengan keterbatasan ekonominya, dia tidak menyesali takdirnya sebagai anak yatim, ia jalani takdir hidupnya dengan bekerja sejak kecil untuk menyara dirinya. Dalam perjalanan itu, dia menangis bukan kerana keadaan yang membelit dirinya, tetapi tangisan rindu kepada ibunda dan datuknya yang memberi perhatian dan kasih sayang dengan sepenuhnya.
Dalam riwayat yang sahih dinyatakan.
"Tatkala kafilah dagangan Quraisy sampai (tiba) di sebuah oasis (desa di tengah padang pasir) bernama Bushra, mereka berjumpa dengan seorang rahib bernama Buhaira. Dia adalah pendeta yang menguasai kitab Injil secara sempurna, Buhaira melihat seoang anak yang tampak berbeza. Dia terus mengamatinya dan kemudian mengajaknya berbicara dengan Muhammad SAW, Buhaira menoleh kepada Abu Talib sambil bertanya, "siapakah kanak-kanak kecil ini?"
Abu Talib menjawab, "Dia Anakku." Abu Talib mengaku bahawa Muhammad adalah anaknya kerana memang dia sangat mencintai anak saudaranya, melebihi cintanya kepada anak-anak kandungnya sendiri. Buhaira berkata, "Dia bukan anak kandungmu dan ayah budak ini tidak mungkin masih hidup ketika ini." Abu Talib berkata, "Kamu benar, dia adalah anak saudaraku. Tetapi aku telah anggap dia sebagai anakku sendiri, bahkan cinta dan perhatianku kepadanya melebihi cinta dan perhatianku kepada anak-anak kandungku sendiri."
Buhaira berkata lagi, "Bagaimana dengan ayahnya?" Abu Talib memjawab, "Ayahnya meninggal dunia sewaktu isterinya mengandungkan budak ini." Buhaira berkata, "Kamu benar. Sekarang bawa kembali budak ini ke negeri kamu dan jaga dia daripada kejahatan Yahudi. Demi Allah, sekiranya mereka melihat budak ini di sini, pasti mereka akan melakukan kejahatan kepadanya. Sesungguhnya anak saudaramu ini akan menjadi orang hebat besar nanti."
Setelah menyelesaikan perniagaannya di negeri Syam. Abu Talib segera mengajak anak saudaranya kembali ke Mekah. Dalam perjalanan kembali itu, Muhammad SAW tidak mampu menahan titisan air mata kerana belitan hidup yang dialami oleh pak ciknya sehingga terpaksa berniaga jauh ke negeri lain. Dia berjanji dalam dirinya untuk meringankan kesulitan ekonomi yang dialami oleh pak ciknya dengan giat bekerja sejak usia kecil, dia berusaha untuk tidak jadi beban bagi keluarga pak ciknya dengan bekerja sebagai pengembala kambing atau unta miliki penduduk Mekah serta berniaga dengan memasarkan barang dagangan miliki para saudagar Mekah.
Realiti sejarah menyatakan, bahawa Muhammad SAW sudah bekerja sejak usia kecil sewaktu asuhan Abu Talib. Dia bekerja bukan kerana dipaksa oleh pak ciknya tersebut. Tetapi dia melakukannya demi meringgankan kesulitan ekonomi yang dialami keluarga pak ciknya. Hidup sebagai anak yatim, dengan segala kesusahan hidup dialaminya, membuatnya air matanya mudah tumpah (mengalir) sewaktu melihat penderitaan anak yatim, mahupuun anak-anak fakir miskin. Tangisan Rasulullah SAW semasa perjalanan ke Syam dari negeri Syam adalah tangisan rindu kepada ibunda dan datuknya, bukan tangisan kepedihan atas takdir kemiskinannya."

(At- Tobaqat al- Kubra karya Ibnu Saad: 8/ 154-155)
Sumber: Buku Menyingkap Rahsia-Rahsia di sebalik Tangisan & Kemarahan Rasullah, Tangisan & Marah Nabi, ditulis oleh Misbah Em Majidy
Bagi mereka yang berminat untuk membeli buku keagamaan,buku novel, buku fiksyen dan lain-lain boleh klik link banner dibawah. Insyallah ia banyak membantu menambah pendapatan tatkala ekonomi yang semakin mencabar dan saya ucapkan terima kasih kerana pembelian buku melalui affiliate link ini.