Monday, April 9, 2018

Tangis Rasulullah SAW Melihat Kemiskinan Hidup Fatimah

Asma' binti Umays meriwayatkan, dia menceritakan,

"Pada suatu hari Rasulullah SAW menemui diriku, baginda bertanya tentang keadaan kedua-dua anakku, Hassan dan Hussin. Aku katakan kepada baginda, 'Sejak kami bangun di pagi hari, kami tidak memiliki sedikitpun makanan yang dapat kami makan.' Hamdan Lillah (Segala puji bagi Allah). Ali kemudian membawa kedua-dua anak itu pergi agar tidak menangis dan merengek kepadaku, kerana aku sendiri tidak memiliki apapun yang dapat ku berikan kepada kedua-dua puteraku tersebut. Ali mengajak kedua-dua anakku itu untuk pergi menemui seorang Yahudi.

Rasulullah SAW lantas menyusuli Ali ke rumah si Yahudi. Di tempat Yahudi itu Rasulullah menemui Ali dan mendapati kedua-dua cucunya itu sedang bermain, sementara di tangan mereka terdapat sisa-sia kurma. Rasulullah SAW berkata. 'Wahai Ali! Ajaklah kedua-dua anak itu pulang sebelum hari makin panas.' Ali berkata kepada Rasulullah SAW, 'Wahai utusan Allah sejak pagi kami belum memperolehi sesuap makanan pun. Ku memohon tuan duduk sebentar bersama kedua-dua anakku ini, agar aku dapat mendapatkan sedikit kurma untuk isteriku Fatimah.' Kemudian Rasulullah SAW duduk sambil menjaga kedua-dua cucunya, sementara Ali bekerja menjadi kuli pengangkut air untuk memperoleh upah sebutir kurma daripada setiap timba air yang diusungnya. Daripada kerja itu Ali memperoleh upah beberapa butir kurma, kemudian dibawanya pulang bersama Rasulullah SAW."

Seperti itulah sketsa dan cermin kehidupan Fatimah puteri tercinta Rasulullah SAW saban harinya penuh bersahaja (sederhana) dan akrab dengan kemiskinan. Rasulullah SAW tidak mampu menahan titsan air matanya melihat 'nasib' puteri tercintanya. Dengan tangis haru Rasulullah SAW menasihati Fatimah untuk sentiasa bersabar menyingkapi kepahitan hidup di dunia, sambil bersabda, "Wahai Fatimah, bersabarlah atas pahit dan getir kehidupan dunia ini, supaya engkau memperoleh kenikmatan abadi di akhirat."


(Al- Adab al-Mufrad karya al-Bukhari: 1 / 221-222)



Sumber: Buku Menyingkap Rahsia-Rahsia di sebalik Tangisan & Kemarahan Rasullah, Tangisan & Marah Nabi, ditulis oleh Misbah Em Majidy


Bagi mereka yang berminat untuk membeli buku keagamaan,buku novel, buku fiksyen dan lain-lain boleh klik link banner dibawah. Insyallah ia banyak membantu menambah pendapatan tatkala ekonomi yang semakin mencabar dan saya ucapkan terima kasih kerana pembelian buku melalui affiliate link ini.