Abdullah ibnu Mas'ud meriwayatkan, dia menceritakan,
"Tatkala Rasulullah SAW melihat jenazah Hamzah ibnu Abd Mutalib diangkat untuk dibawa ke hadapan baginda., Rasulullah SAW tidak mampu menahan titisan air matanya. Tubuh lelaki yang berani itu terbujur kaku dengan dada tercarik-carik. Pak cik dan saudara sepersusuan Rasulullah SAW tersebut telah syahid (gugur di jalan Allah) dalam Perang Uhud. Dan ketika Rasulullah SAW memandang jenazah pak cik terkasihnya itu, tangisan Rasulullah SAW pun bermula. Esak tangisnya terdengar seperti rintihan. Walaupun dengan kesedihan yang tidak terucap dengan kata-kata. Jenazah Tuan Para Syuhada (Sayyid asy Syhada') itu dikafankan dengan kain kafan yang tidak dapat menutup kedua-dua kakinya, lalu dikuburkan bersama saudara sepupu dan sepersusuannya, Abdullah bin Jahsyi, dalam satu liang."
Lebih lanjut Abdullah ibnu Mas'ud menekankan, "Tidak pernah Rasulullah SAW kelihatan sedih sesedih itu. Tidak juga pernah melihat menangis sekeras pada saat itu. Rasulullah SAW sangat terpukul dan menangis tersedu-sedu, sebuah tangisan yang tidak pernah diulanginya sepanjang hidupnya selepas gugurnya Hamzah ibnu Abd Mutalib, pak cik terkasihnya."

(At-Tarikh al-Kabir, karya al-Bukhari: 5/201-202)
Sumber: Buku Menyingkap Rahsia-Rahsia di sebalik Tangisan & Kemarahan Rasullah, Tangisan & Marah Nabi, ditulis oleh Misbah Em Majidy
Bagi mereka yang berminat untuk membeli buku keagamaan,buku novel, buku fiksyen dan lain-lain boleh klik link banner dibawah. Insyallah ia banyak membantu menambah pendapatan tatkala ekonomi yang semakin mencabar dan saya ucapkan terima kasih kerana pembelian buku melalui affiliate link ini.