Wednesday, April 11, 2018

Tangis Haru Rasulullah SAW Melihat Kerja Keras Fatimah

Asma' Binti Umays meriwayatkan, dia menceritakan,

"Fatimah az Zahra' adalah seorang isteri yang penuh tangungjawab, dia penuhi hak-hak suaminya dengan sempurna, dia mengasuh dan mendidik anak-anaknya dengan penuh kesempurnaan. Dia lakukan semua pekerjaan rumah tangga (kewajpan seorang isteri) dengan bersungguh-sungguh dan penuh semangat. Dia tidak pernah sekalipun mengecawakan suaminya dan anak-anaknya.

Pada suatu hari tatkala Rasulullah SAW melihat puterinya yang sangat dia cintai sedang bekerja keras menumbuk gandum dengan batu besar untuk menyiapkan hidangan makan keluarganya. Rasulullah SAW tidak mampu menahan titisan air matanya. Rasulullah SAW bersabda dengan tangisan haru, "Wahai Fatimah, engkau mendapati pahit dunia untuk sebuah kenikmatan yang abadi.' Melihat mata ayahnya bengkak, Fatimah bertanya, 'Wahai ayah kenapa menangis.?' Rasulullah SAW menjawab, 'Ini adalah tangisan rahmat (kasih sayang) seorang ayah kepada anaknya.'"

(Al- Adab al-Mufrad karya al-Bukhari: 1 / 227-228)



Sumber: Buku Menyingkap Rahsia-Rahsia di sebalik Tangisan & Kemarahan Rasullah, Tangisan & Marah Nabi, ditulis oleh Misbah Em Majidy


Bagi mereka yang berminat untuk membeli buku keagamaan,buku novel, buku fiksyen dan lain-lain boleh klik link banner dibawah. Insyallah ia banyak membantu menambah pendapatan tatkala ekonomi yang semakin mencabar dan saya ucapkan terima kasih kerana pembelian buku melalui affiliate link ini.

Tuesday, April 10, 2018

Tangis Haru Rasulullah SAW Melihat Sikap Luhur Fatimah Yang Lebih Mengutamakan Keperluan Orang Lain Melebihi Dirinya

Fatimah az-Zahra ialah wanita yang berakhlak luhur, bermoral, terpuji, berjiwa mulia, genius cerdas, murah hati, dermawan, lapang dada, tabah, berani dan tidak angkuh serta sombong. Fatimah adalah 'salinan' sifat-sifat ayahnya, seperti dermawan, suka memberi dan membantu mereka yang memerlukan pertolongan, dia lebih mengutamakan orang lain daripada dirinya sendiri.

Dalam riwayat yang sahih dinyatakan. Rasulullah SAW pernah memberi hadiah sehelai baju kepada Fatimah untuk persiapan gaun pernikahan dengan Ali ibnu Abu Talib, kerana pada waktu itu Fatimah hanya memiliki sehelai baju itupun sudah penuh dengan tampalan.

Tiba-tiba seorang wanita pengemis berdiri di pintu rumahnya dan memintanya sehelai baju yang boleh dipakai. Mula-mula Fatimah hendak memberikan bajunya yang penuh tampalan tersebut. Namun dia masih ingat akan firman Allah,


"Kamu sekali-kali tidak akan sampai pada kebajikan yang sempurna, sebelum kamu menafkahkan sebahagian harta yang paling kamu cintai."


(Ali 'Imran: 92)

Kemudian Fatimah memberikan peminta itu baju barunya. Menjelang hari pernikahan, Malaikat Jibrail datang dan memberikan baju yang dibuat daripada sutera hijau. Melihat perilaku mulia Fatimah tersebut, wanita-wanita Yahudi yang hadir dalam majlis pernikahan Fatimah telah masuk Islam. Tidak lama kemudian suami mereka juga masuk Islam.

Abdullah Ibnu Abbas meriwayatkan berkaitan dengan latar cerita turunnya ayat al-Quran:


"Mereka menunaikan nazar dan takut akan suatu hari yang azabnya merata di mana-mana"

(Al-Insan: 7)

Ayat ini turn ketika Hassan dan Hussin jatuh sakit. Lebih lanjut Ibnu Abbas menyatakan, Rasulullah SAW bersama Abu Bakar serta Umar Ibnu Khattab datang menjenguk kedua-duanya. Umar Ra berkata kepada Ali Ra, 'Wahai Abu al Hassan, jika engkau bernazar untuk kedua-dua anakmu, nescaya Allah akan menyembuhkan mereka.' Ali berkata, 'Aku akan berpuasa selama 3 hari sebagai tanda syukur kepada Allah.' Fatimah RA juga berkata, 'Aku juga akan berpuasa selama 3 hari sebagai tanda syukur kepada Allah.' Kemudian Allah menyembuhkan kedua-dua anak itu. Sesuai dengan nazar itu, mereka berpuasa tiga hari tanpa ada makanan (untuk berbuka).

Ali pergi kepada jirannya, seorang Yahudi yang bernama Sam'un yang sedang menenun bulu. Ali bertanya kepada si Yahudi itu, 'Adakah engkau dapat memberikan kepadaku bulu biri-biri untuk dipintal oleh anak perempuan Muhammad SAW dengan upah tiga Sha' gandum?

Sam'un mengabulkan permintaan Ali, diberinya kepada Ali bahan bulu sekaligus gandum untuk dibawanya pulang. Fatimah menerima bulu tersebut dan memintalnya sesuai seperti yang diingini oleh Sam'un.

Setelah memintal, Fatimah menumbuk gandum, mengadunnya dan membuatnya menjadi lima potong roti, masing-masing disiapkan untuk hidangan buka puasa keluarganya. Kemudian Ali menunaikan solat Maghrib bersama Rasulullah SAW.

Sekembalinya ke rumah, Fatimah Ra telah menyiapkan hidangan buka puasa bersama. Tetapi tiba-tiba mereka mendengar rintihan seorang miskin yang berdiri di depan pintu rumah mereka. Si miskin itu berkata, 'Salam sejahtera kepada kamu wahai Ahl Bait Muhammad. Aku seorang miskin daripada kaum Muslimin. Berilah aku makan daripada makanan yang kamu makan. Semoga Allah membalas kamu dengan makanan syurga.'

Ali sambil memegang roti berkata kepada Fatimah, "Wahai Fatimah, wanita mulia dan beriman teguh. Puteri manusia termulia di alam raya. Tahukah engkau ada seorang yang sengsara lagi miskin sedang berdiri di pintu sambil merintih penuh hiba. Ingatlah setiap orang bergantung pada amalnya.' Wahai suamiku, perintahmu aku taati. Aku sama sekali tidak menyesal dan pula mencela dirimu jika memberikan makanan kita di jalan Allah. Meskipun kita sendiri sedang dibelit kelaparan. Aku berharap kita dapat bergabung dengan orang-orang yang bertakwa. Aku mendambakan syafaat untuk dapat masuk ke dalam syurga-Nya.'

Dengan segera Fatimah mengambil apa yang ada di atas meja hidangan, lalu memberikan kepada orang miskin yang meminta tersebut. Malam itu mereka tidur dalam keadaan perut kosong. Esok harinya mereka berpuasa lagi tanpa sahur, kecuali dengan segelas air. Fatimah kemudian mengambil dua pertiga bulu biri-biri yang tersisa  dan memintalnya. Ia mengambil lagi satu Sha' gandum, lalu menumbuknya dan membuat roti. Ia membuat lima potong roti seperti hari sebelumnya.

Setelah solat bersama Rasulullah SAW. Ali kembali ke rumah untuk buka puasa bersama keluarganya. Seperti hari sebelumnya tiba-tiba datang anak yatim daripada kaum Muslimin berdiri di depan pintu rumahnya meminta pertolongan, 'Salam sejahtera bagi kamu, wahai Ahlut Bait Muhammad. Aku seorang yatim daripada kaum Muslimin. Berilah aku makanan yang kamu makan. Semoga Allah memberi kamu makanan daripada syurga.' Ali Ra lalu berkata kepada Fatimah, 'Wahai Fatimah. Puteri junjungan yang mulia nan dermawan. Allah telah mengutuskan anak yatim kepada kita. Siapa yang hari ini mengharapkan redha Tuhan. Kelak tempatnyan adalah syurga dengan nikmat yang tidak terhingga.'

Fatimah pun menyambutnya, lalu berkata, 'Ia pasti akan kita beri, kita tidak akan memperhatikan keadaan diri kita. Kita mengutamakan Allah atas keluarga kita. Kita tidak mungkin membiarkan anak yatim ini melalui malam dengan perut kosong, lebih baik kita yang lapa daripada membiarkan anak yatim ini kelaparan.' Lalu Fatimah mengambil semua hidangan yang ada di meja dan memberikannya kepada anak yatim tersebut. Sekali lagi mereka tidur dalam keadaan lapar. Mereka tidak merasakan sesuatu kecuali segelas air putih.

Keesokan harinya mereka berpuasa lagi. Fatimah mengambil sisa bulu biri-biri yang ada dan memintalnya. Dia menumbuk satu Sha' gandum yang tersisa dan membuat roti. Dia membuatnya lima potong roti untuk seisi rumahnya, tiba-tiba dia mendengar rintihan seorang tawanan yang berdiri di depan pintu rumahnya, 'Salam  sejahtera bagi kamu wahai Ahl Bait Muhammad. Orang-orang kafir telah menawan dan mengikat kami. Mereka juga tidak memberi kami makanan.' Dengan segera Ali meninggalkan makanan yang hendak dilahapnya. Dia berkata kepada Fatimah, 'Wahai Fatimah puteri Nabi yang bernama Ahmad.

Puteri yang agung nan dermawan, tanpa ada yang menunjukkan tempat kita, tawanan ini datang di hadapan kita dengan bekas-bekas belenggu di tangannya. Dia mengeluh kelaparan dan kesengsaraan. Ingatlah barang siapa yang memberi makan orang yang sengsara. Kelak akan memperoleh balasan yang lebih utama. Di sisi Allah, tiap orang yang menanam kebaikkan pasti akan memetik buahnya di hari kemudian.

Fatimah bersetuju dengan ujaran suaminya itu sambil berkata, 'Meskipun gandum hanya tinggal sedikit dan tanganku telah melepuh kerana gilingan. Demi Allah kedua-dua anakku ini sudah terlampau lapar. Ya Allah berilah kedua-duanya kekuatan, agar tawanan itu dapat menikmati hidagan yang telah aku buat. Aku ingin lebih mengutamakan berkhidmat kepada-Mu daripada kedua-dua anakku tercinta.' Fatimah lantas mengambil apa yang ada di atas meja makan, lalu diberikan kepada tawanan tersebut.

Keesokkan harinya mereka sudah tidak berpuasa, namum demikian tidak ada sesuap makanan yang dapat dimakan. Ali Ra dan kedua-dua anaknya yang menggigil kerana lapar, datang menghadap Rasulullah. Ketika Rasulullah SAW melihat keadaan mereka yang menyedihkan, baginda bersabda, 'Wahai Abu al Hassan! Sungguh aku merasakan cemas, melihat apa yang ku saksikan dari keadaan kamu. Mari kita pergi kepada puteriku Fatimah.' Lantas mereka pergi menemui Fatimah yang sedang berada di Mihrabnya. Perutnya kempis kerana sangat lapar dan kedua matanya cekung.

Ketika Rasulullah SAW menatap puteri tercintanya, baginda tidak mampu menahan titisan air matanya, Rasulullah SAW menangis atas sikap dermawan Fatimah, baginda merangkul anaknya itu sambil berkata, 'Oh... apakah keluarga Muhammad akan mati kelaparan.?' Berkali-kali Rasulullah SAW mengulangi perkataan tersebut sambil berurai air mata hingga malaikat pembawa wahyu turun kepada baginda menyampaikan firman Allah, sebagaimana yang termaktub dalam surah al-Insaan. Wahyu tersebut penuh dengan penghargaan Allah kepada Ahlul Bait Nabi.



"Sesungguhnya orang-orang yang melakukan kebajikan minum daripada piala berisi minuman yang campurannya adalah air kafur: Iaitu mata air dalam syurga yang daripadanya hamba-hamba Allah minum, yang mereka dapat mengalirkannya dengan sebaik-baiknya, Mereka menunaikan nazar dan takut akan suatu hari yang azabnya merata di mana-mana. Dan mereka memberikan makanan yang disukainya kepada orang miskin, orang yatim dan orang yang ditawan. Sesungguhnya kami memberi makanan kepadamu hanyalah untuk mengharapkan keredhaan Allah. Kami tidak mengkehendaki balasan dari kamu dan tidak pula ucapan terima kasih. Sesungguhnya kami takut akan azab tuhan kami pada suatu hari yang di hari itu orang-orang yang bermuka masam penuh kesulitan. Maka tuhan memelihara mereka dari kesusahan hari itu dan memberikan kepada mereka kejernihan wajah dan kegembiraan hati. Dan Dia memberi balasan kepada mereka kerana kesabaran mereka dengan syurga dan pakaian sutera. Di dalamnya mereka duduk bertelekan di atas dipan. Mereka tidak merasakan di dalamnya terik matahari dan tidak pula dingin menusuk tulang. Serta naugan pohon-pohon syurga itu dekat dengan di atas mereka dan buanhnya dimudahkan untuk dipetik dengan mudahnya. Dan diedarkan kepada mereka bejana-bejana dari perak dan piala-piala bening laksana kaca. Iaitu kaca-kaca yang terbuat dari perak yang telah diukur dengan sebaik-baiknya. Di dalam syurga itu mereka diberi minum segelas minuman yang campurannya adalah jahe yang bahannya didatangkan dari sebuah mata air syurga yang dinamakan Salsabil. Dan mereka dikelilingi oleh pelayan-pelayan belia yang tetap muda. Apabila kamu melihat mereka kamu akan mengirah mereka mutiara yang bertaburan. Dan apabila kamu melihat di syurga, nescaya kamu akan melihat berbagai macam kenikmatan dan kerajaan yang besar. Mereka memakai pakaian sutera halus yang hijau dan sutera tebal. Dan dipakaikan kepada mereka gelang yang terbuat dari perak dan Tuhan memberikan kepada mereka minuman yang bersih. Sesungguhnya ini adalah balasan untukmu dan usahamu disyukuri (diberi balasan oleh-Nya).



(Al-Insan: 5 - 22 & Al- Adab al-Mufrad karya al-Bukhari: 1 / 223-223)



Sumber: Buku Menyingkap Rahsia-Rahsia di sebalik Tangisan & Kemarahan Rasullah, Tangisan & Marah Nabi, ditulis oleh Misbah Em Majidy


Bagi mereka yang berminat untuk membeli buku keagamaan,buku novel, buku fiksyen dan lain-lain boleh klik link banner dibawah. Insyallah ia banyak membantu menambah pendapatan tatkala ekonomi yang semakin mencabar dan saya ucapkan terima kasih kerana pembelian buku melalui affiliate link ini.

Monday, April 9, 2018

Tangis Rasulullah SAW Melihat Kemiskinan Hidup Fatimah

Asma' binti Umays meriwayatkan, dia menceritakan,

"Pada suatu hari Rasulullah SAW menemui diriku, baginda bertanya tentang keadaan kedua-dua anakku, Hassan dan Hussin. Aku katakan kepada baginda, 'Sejak kami bangun di pagi hari, kami tidak memiliki sedikitpun makanan yang dapat kami makan.' Hamdan Lillah (Segala puji bagi Allah). Ali kemudian membawa kedua-dua anak itu pergi agar tidak menangis dan merengek kepadaku, kerana aku sendiri tidak memiliki apapun yang dapat ku berikan kepada kedua-dua puteraku tersebut. Ali mengajak kedua-dua anakku itu untuk pergi menemui seorang Yahudi.

Rasulullah SAW lantas menyusuli Ali ke rumah si Yahudi. Di tempat Yahudi itu Rasulullah menemui Ali dan mendapati kedua-dua cucunya itu sedang bermain, sementara di tangan mereka terdapat sisa-sia kurma. Rasulullah SAW berkata. 'Wahai Ali! Ajaklah kedua-dua anak itu pulang sebelum hari makin panas.' Ali berkata kepada Rasulullah SAW, 'Wahai utusan Allah sejak pagi kami belum memperolehi sesuap makanan pun. Ku memohon tuan duduk sebentar bersama kedua-dua anakku ini, agar aku dapat mendapatkan sedikit kurma untuk isteriku Fatimah.' Kemudian Rasulullah SAW duduk sambil menjaga kedua-dua cucunya, sementara Ali bekerja menjadi kuli pengangkut air untuk memperoleh upah sebutir kurma daripada setiap timba air yang diusungnya. Daripada kerja itu Ali memperoleh upah beberapa butir kurma, kemudian dibawanya pulang bersama Rasulullah SAW."

Seperti itulah sketsa dan cermin kehidupan Fatimah puteri tercinta Rasulullah SAW saban harinya penuh bersahaja (sederhana) dan akrab dengan kemiskinan. Rasulullah SAW tidak mampu menahan titsan air matanya melihat 'nasib' puteri tercintanya. Dengan tangis haru Rasulullah SAW menasihati Fatimah untuk sentiasa bersabar menyingkapi kepahitan hidup di dunia, sambil bersabda, "Wahai Fatimah, bersabarlah atas pahit dan getir kehidupan dunia ini, supaya engkau memperoleh kenikmatan abadi di akhirat."


(Al- Adab al-Mufrad karya al-Bukhari: 1 / 221-222)



Sumber: Buku Menyingkap Rahsia-Rahsia di sebalik Tangisan & Kemarahan Rasullah, Tangisan & Marah Nabi, ditulis oleh Misbah Em Majidy


Bagi mereka yang berminat untuk membeli buku keagamaan,buku novel, buku fiksyen dan lain-lain boleh klik link banner dibawah. Insyallah ia banyak membantu menambah pendapatan tatkala ekonomi yang semakin mencabar dan saya ucapkan terima kasih kerana pembelian buku melalui affiliate link ini.

Sunday, April 8, 2018

Tangis Rasulullah SAW Di Atas Penderitaan Fatimah

Fatimah az-Zahrah, lahir dan 'tumbuh kembang' dalam naugan Madrasah Nubuwah (nuansa kenabian). Perjalanan hidupnya senafas dengan gerak dakwah ayahnya tercinta di kala menyiarkan risalah Allah di muka bumi ini.

Fatimah menjadi saksi perjuangan hidup ayahnya. Dia melihat, mendengar, dan merasakan setiap derap langkah dakwah ayahnya. Semua penghinaan dan ugutan serta tersisih yang dialami Rasulullah SAW disaksikan sendiri oleh Fatimah secara mata kasar.

Fatimah merasakan kepedihan yang dirasakan oleh ayahnya. Dia berdiri di garis paling depan dalam membela perjuangan ayahnya. Dalam riwayat yang sahih dinyatakan, pada suatu masamUmmu Jamil (isteri Abu Lahab) si kafir jahat itu bersua dengan Rasulullah SAW, lalu dia melemparkan tanah keras ke atas kepala Rasulullah SAW.

Namun baginda tidak membalas perlakuan buruk kafir jahat itu dan baginda kembali ke kediamannya dengan kepala berlumuran darah. Melihat si ayah datang dengan kepala berdarah-darah seperti itu, Fatimah tidak mampu menahan aliran air matanya, maka dia dengan segera membersihkan darah yang bercampur tanah di kepala Rasulullah SAW sambil menangis dengan kepiluan (rasa sedih) yang teramat dalam.

Rasulullah SAW tidak mampu menahan rasa harunya, titisan air matanya yang mengalir setelah melihat wujudnya kasih dan rasa simpati anaknya itu, walaupun ada beban berat yang bersarang di dada Rasulullah SAW.

Tatkala melihat anaknya berurai air mata meratapi kepedihan yang dialaminya, lantas Rasulullah SAW mendakap Fatimah menasihatinya untuk tabah dan menghiburnya dengan untaian kata-kata yang menyejukkan hati anaknya itu sambil bersabda, "Jangan menangis wahai puteriku, Kerana Allah melindungi ayahmu."

Anas ibnu Malik meriwayatkan, dia menceritakan,

"Pada suatu hari, tatkala Rasulullah SAW sedang solat di Kaabah, sebahagian komuniti musyrik yang angkuh sedang duduk-duduk di samping tempat solat Rasulullah SAW. Lalu salah seorang daripada kafir Quraisy mendatangi Rasulullah SAW yang sedang menunaikan solat, dengan bongkak orang itu melemparkan kotoran unta kepada Rasulullah SAW, namum Rasulullah SAW tetap giat melakukan solatnya, hingga datang Fatimah lalu menyingkirkan kotoran itu daripada Rasulullah SAW.

Dalam riwayat lain diceritakan pada suatu hari, Ummu Jamil isteri Abu Lahab melempar kotoran-kotoran dan benda-benda najis di depan rumah Rasulullah SAW. Fatimah membantu Rasulullah SAW menyingkirkan kotoran-kotoran itu dengan tenang dan sabar. Bahkan Fatimah berusaha membersihkan kotoran-kotoran yang dilempar Ummu Jamil itu sehingga rumah Rasulullah SAW bersih seperti biasa.

Melihat hal tersebut, isteri Abu Lahab mengherdik Fatimah dengan lontaran kalimat yang menyesakkan dada. Puteri Rasulullah ini kelihatan sedih dengan ucapan wanita tersebut, melihat penderitaan puterinya tersebut, Rasulullah SAW tidak mampu menahan titisan air matanya, lantas bersabda, "Fatimah adalah darah dagingku. Rintangan yang menimpanya sama dengan rintangan yang menimpa diriku. Dan apa yang menyusahkan Fatimah adalah juga susah diriku."


(Al- Adab al-Mufrad karya al-Bukhari: 1 / 219-220)



Sumber: Buku Menyingkap Rahsia-Rahsia di sebalik Tangisan & Kemarahan Rasullah, Tangisan & Marah Nabi, ditulis oleh Misbah Em Majidy


Bagi mereka yang berminat untuk membeli buku keagamaan,buku novel, buku fiksyen dan lain-lain boleh klik link banner dibawah. Insyallah ia banyak membantu menambah pendapatan tatkala ekonomi yang semakin mencabar dan saya ucapkan terima kasih kerana pembelian buku melalui affiliate link ini.

Saturday, April 7, 2018

Khadijah, Kaukah Itu?

Cinta Kasih Rasulullah SAW kepada Khadijah isteri yang menemaninya selama 15 tahun sebelum dilantik menjadi nabi dan rasul, pendukung dan pembela utama sewaktu menyiarkan risalah Islam benar-benar menembus ruang dan waktu.

Dalam riwayat yang sahih dinyatakan.

"Ketika Halah, adik Khadijah datang 'sowan' kepada Rasulullah SAW. Baginda merasa begitu terusik hati kerana suara Halah mirip dengan suara Khadijah yang mengingatkan baginda kepada isterinya. Titisan air mata kerinduannya menitis deras dan tanpa sedar sedar Rasulullah SAW memanggil Halah dengan menyebut nama Khadijah, Rasulullah SAW bersabda,

"Khadijah kaukah itu?" seolah Khadijah ada di hadapannya. Namun ketika menyedari salahnya baginda terus beristighfar (memhon kasih ampun daripada Allah)


(At-Tobaqat al-Kubra karya Ibnu Saad: 8/ 185-186)



Sumber: Buku Menyingkap Rahsia-Rahsia di sebalik Tangisan & Kemarahan Rasullah, Tangisan & Marah Nabi, ditulis oleh Misbah Em Majidy


Bagi mereka yang berminat untuk membeli buku keagamaan,buku novel, buku fiksyen dan lain-lain boleh klik link banner dibawah. Insyallah ia banyak membantu menambah pendapatan tatkala ekonomi yang semakin mencabar dan saya ucapkan terima kasih kerana pembelian buku melalui affiliate link ini.

Friday, April 6, 2018

Bukankah Itu Kalung Khadijah?

Cinta kasih dan sayang Khadijah kepada Rasulullah SAW yang tanpa batas itu juga melahirkan kecuntaan Rasulullah SAW kepada isteri tercinta-Nya. Terdapat banyak bukti yang menunjukkan kedalaman cinta kasih Rasulullah SAW kepada Khadijah, bahawa anak Khuwalid ini benar-benar tetap hidup di hati Rasulullah SAW meskipun jasadnya telah dikandung tanah.

Dalam riwayat yang sahih, diceritakan,

"Ketika pasukan Islam dan penduduk Madinah merayakan kemenangan Badar. Di antara barang-barang tebusan para tawanan itu, Rasulullah menemui kalung yang seingat baginda adalah kalung Khadijah. Lantas Rasulullah SAW bertanya kepada para sahabat, "Bukankah itu kalung Khadijah?" Salah seorang sahabat menjawab, "Kalung itu dikirim oleh Zainab anakmu untuk menebus Abul Ash bin Al Rab', suaminya. ketika itu juga titisan air mata Rasulullah SAW mengalir deras, raut wajah baginda menyiratkan kepedihan yang sangat dalam. Rasulullah SAW seolah-olah melihat bayangan Khadijah tatkala melihat kalung tersebut. Hati baginda pedih dan sedih. Rasanya tidak mampu menerima itu. Akhirnya dengan kesepakatan bersama, kalung tersebut dikembalikan kepada Zainab dan tawanannya pun dibebaskan, akhirnya suami Zainab memeluk Islam."

(At-Tobaqat al-Kubra karya Ibnu Saad: 8/ 183-184)



Sumber: Buku Menyingkap Rahsia-Rahsia di sebalik Tangisan & Kemarahan Rasullah, Tangisan & Marah Nabi, ditulis oleh Misbah Em Majidy


Bagi mereka yang berminat untuk membeli buku keagamaan,buku novel, buku fiksyen dan lain-lain boleh klik link banner dibawah. Insyallah ia banyak membantu menambah pendapatan tatkala ekonomi yang semakin mencabar dan saya ucapkan terima kasih kerana pembelian buku melalui affiliate link ini.

Thursday, April 5, 2018

Aku Mencintai Orang-Orang Yang Dicintai Khadijah

Aisyah meriwayatkan, dia menceritakan, Rasulullah SAW sangat sukar menghapuskan kenangan indah bersama Khadijah di relung kalbunya. Bayang-bayang Khadijah selalu hadir di benak Rasulullah SAW setiap saat. Aku sering cemburu dengan Khadijah meskipun sudah sepuluh tahun meninggal dunia. Rasanya tidak masuk akal mencemburui wanita yang telah kembali ke hadrat Allah, tetapi memang itulah kenyataan yang terjadi pada diriku, mungkin juga para isteri Rasulullah SAW yang lain. Pernah isteri-isteri baginda 'protes' kerana Rasulullah SAW menyembelih kambing lalu dagingnya dibahagi kepada kawan -kawan Khadijah. Ketika hal itu diadukan kepada Rasulullah SAW, maka dengan tangis penuh kenangan, baginda bersabda, "Aku mencintainya dan orang-orang dicintainya."

Dalam riwayat lain dinyatakan dengan redaksi hadis.

"Tatkala Rasulullah SAW menyembelih kambing, baginda selalu bersabda, "Kirimkan kepada teman-teman Khadijah. Maka aku mencuba menanyakan hal itu kepada Rasulullah SAW. Baginda denan tangis sendu bersabda, "Sesungguhnyaa aku mencintai orang-orang yang dicintai Khadijah!" Rasulullah SAW tidak mampu menahan titisan air mata kerinduannya kepada Khadijah ketika namanya disebut. Sewaktu mengenang masa-masa indah bersama Khadijah, Rasulullah tidak mampu menahan tangisan sedihnya.

(At-Tobaqat al-Kubra karya Ibnu Saad: 8/ 181-182)



Sumber: Buku Menyingkap Rahsia-Rahsia di sebalik Tangisan & Kemarahan Rasullah, Tangisan & Marah Nabi, ditulis oleh Misbah Em Majidy


Bagi mereka yang berminat untuk membeli buku keagamaan,buku novel, buku fiksyen dan lain-lain boleh klik link banner dibawah. Insyallah ia banyak membantu menambah pendapatan tatkala ekonomi yang semakin mencabar dan saya ucapkan terima kasih kerana pembelian buku melalui affiliate link ini.